• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Tular: Polis Akan Siasat Pemandu Saga Himpit Pelajar Sekolah Memandu

#Tular: Polis Akan Siasat Pemandu Saga Himpit Pelajar Sekolah Memandu

February 22, 2021 By Azhan O Leave a Comment

806
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS kini menyiasat tindakan biadap pemandu Proton Saga yang dirakamkan cuba membuli pelajar sekolah memandu di Melaka.

Dalam video tular berdurasi 22 saat itu, pemandu Saga tersebut didapati cuba memintas pemandu Perodua Axia  hingga berlaku perlanggaran dalam insiden di susur keluar Lebuh Ayer Keroh dekat Majlis Bandaraya Melakah Bersejarah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, pemandu yang mempunyai lesen memandu penuh seharusnya menunjukkan contoh baik dan memberi laluan kepada kenderaan pelekat L.

Namun, pemandu Saga berkenaan langsung tidak memperlahankan keretanya ketika keluar simpang.

“Pemandu Proton Saga memotong kenderaan pelajar lesen L sebelum keluar simpang secara melulu. Sepatutnya kereta itu berhenti atau memperlahankan kenderaannya untuk memastikan laluan selamat, bukannya berlagak sombong dengan memandu secara melulu di hadapan pelajar sekolah memandu,” katanya.

Pemandu Saga itu boleh diambil mengikut Peraturan 6(2) Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 kerana mengubah haluan secara tiba tiba dan menyebabkan kemalangan.

PENDAPAT KAMI

Apa salahnya kita perlahankan kenderaan apabila berjumpa pelajar sekolah memandu? Kita sendiri pun pernah bergelar pelajar sekolah memandu dan bukannya celik mata terus cekap memandu. Sebab itulah perlunya pelekat 'L' ditampal supaya pemandu sekeliling sedia maklum dengan situasi mereka.

BACA >>> #Tular: J&T Express, Pekerja Mohon Maaf Insiden Campak Barang
BACA >>> #Tular: 'Doktor U-Turn' Minta Maaf, UPM Janji Akan Siasat

Related

806
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Lesen L, Pemandu L, Pemandu Saga Buli Pemandu Lesen L, tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev