ROYAL ENFIELD mendedahkan perincian lengkap spesifikasi Himalayan (2021) dengan ciri dikemas kini lebih moden seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) boleh tukar.
Berikut perincian mengenai Himalayan (2021):
- ABS dwi-saluran (boleh tukar kepada ABS saluran tunggal, dengan mematikan ABS roda belakang) sesuai untuk tunggangan di laluan off-road.
- Dilengkapkan sistem navigasi Tripper baharu dengan ciri belok-demi-belok (Turn-by-Turn), yang kali pertama dilihat pada Meteor 350, dan disepadukan bersama tolok meter dalam kluster instrumen.
- Dua ciri baharu di atas itu cukup berguna untuk penunggang advencer dan antara ciri paling banyak diminta peminat Himalayan yang gemar melakukan aktiviti off-road.
- Menampilkan beberapa pembaharuan kosmetik seperti pelana lebih selesa, gad tangki depan lebih kecil dan bagasi belakang dioptimumkan.
- Dijana enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 411cc SOHC penyejukan udara berkuasa 24.3hp @ 6,500rpm dan tork 32Nm @ 4,250rpm, manakala transmisi jenis klac basah multiplat manual 5-kelajuan.
- Dibina berasas frem sangga pisah separa-dupleks (half-duplex split cradle).
- Menggunakan rim 21 inci di depan dan 17 inci di belakang yang dibalut tayar 90/90-21 M/C 54H (depan) dan 120/90-17 64S (belakang)
- Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik 41mm dengan travel 200mm di depan dan strut spring tengah progresif 5-tetapan dengan travel 180mm.
- Sistem brek menggunakan brek cakera 300mm dengan kaliper apung 2-piston (depan), dan cakera 240mm dengan kaliper apung piston tunggal (belakang).
- Dimensi jentera: panjang 2190mm, lebar 840mm dan tinggi 1370mm, manakala jarak roda 1465mm dan jarak lega bumi 220mm.
- Tinggi pelana 800mm, berat 199kg, dan kapasiti tangki petrol 15 liter.
- Ciri lain diberikan ialah suis henti kecemasan, tongkat sisi dan tengah, kowl enjin, suis tongkat sisi, kit alatan dan rak bagasi.
- Ditawarkan dalam dan enam warna pilihan, iaitu Granite Black (hitam), Mirage Silver (perak), Pine Green (hijau), Lake Blue (biru), Rock Red (merah), dan Gravel Grey (kelabu).
- Harga jualan model ini ialah £4,599 - £4,699 (RM25,940 - RM26,500).
BACA >>> Royal Enfield Meteor 350 Akan Lancar di India Sebagai Easy Cruiser
BACA >>> WMoto V16 - Cruiser Gaya Amerika Kini di Malaysia, Harga RM15.9k!
Leave a Reply