BERITA kemunculan semula Suzuki Malaysia di bawah Kawasaki Motor Malaysia (KMM) sudah lama kita tahu sejak tahun lalu. Cuma wakil pengeluar jenama itu masih belum buat sebarang kenyataan rasmi walaupun sudah banyak bayangan didedahkan seperti pek cenderahati yang diberikan kepada pihak media.
Malah, Suzuki Malaysia tahun lalu agak aktif memuat naik status dalam Facebook Suzuki Malaysia dengan menyiarkan beberapa foto acah dan berita mengenai perkembangan pasukan Suzuki Ecstar MotoGP.
Persoalannya bilakah mahu dilancarkan produk baharu Suzuki kerana sudah lama benar peminat sabar menunggu. Jika anda bertanya, maaflah kerana kami pun tiada jawapan.
Terbaharu, kami baru saja mendapat foto intip kiriman pembaca, jam 3 pagi tadi dengan mesej ringkas 'Penampakan Belang FI di Malaysia'. Bagaimanapun perincian maklumat lain tidak dimaklumkan. Ada juga beberapa soalan tidak dibalas.
Foto intip itu menandakan kehadiran kapcai berkenaan ke pasaran tempatan semakin dekat. Jika diimbas semula September tahun lalu, Suzuki Malaysia ada memuat naik foto acah di Facebook mereka dengan status bertulis; "Guess what model coming to town?". Tulisan pada foto tertera kapsyen, "The King is Back".
Selepas melakukan penelitian lebih mendalam, kami mengandaikanan foto acah itu ialah Suzuki Belang berdasarkan lencana Fi pada fairing depan sebelah kanan. Mungkin benar model itu akan menjengah pasaran tempatan, tetapi tidak banyak yang dapat disahkan kerana foto tersebut kabur dan dalam resolusi rendah.
Foto intip itu juga menggunakan dekal Raider, dan mungkin itu model Thailand atau Vietnam memandang model pasaran Indonesia dikenali sebagai Satria. Selain warna badan hitam, tiada perbezaan lain dapat di kesan. Bahagian ekzos menggunakan pelapik krom, sama seperti model sedia ada di negara jiran
Jika dilancarkan, lebih menarik jika kapcai itu tampil dengan grafik sporty seperti Satria 150 versi Indonesia. Ramai menantikan kehadiran semula model ikonik tersebut. Bagaimanapun masih belum ada sebarang berita sahih. Jadi kenalah tunggu.
Menurut spesifikasi Satria F150, model berkenaan dijana enjin baharu menggunakan teknologi MotoGP didatangkan dengan enjin 147.3cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 18.2hp @ 10,000rpm dan tork 13.8Nm @ 8,500rpm serta transmisi klac manual 6-kelajuan.
BACA >>> Peminat Punya Pasal, Suzuki Vietnam Bakal Lancar Satria F150 Versi Import Indonesia
BACA >>> Suzuki Malaysia Siar Satu Lagi Foto Acah, Belang R150 Akan Kembali?
Jan says
Yesss ~ akhirnya !