• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Ducati Scrambler 1100 Tuttoterreno - daripada Scrambler Standard kepada Motocross

Ducati Scrambler 1100 Tuttoterreno - daripada Scrambler Standard kepada Motocross

February 16, 2021 By Aryon 1 Comment

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI Scrambler asalnya ialag motosikal klasik yang sesuai untuk tunggangan jalanan, manakala versi Desert Sled pula sesuai untuk tunggangan off-road. Apabila menggabungkan kedua-dua gaya, terhasillah Scrambler 1100 Tuttoterreno dengan mendapat sentuhan bengkel kustom dari Itali, Officine RossoPuro.

Selepas melalui beberapa peringkat naik taraf, Scrambler 1100 tampil sebagai dirt bike. Pada masa sama, keupayaan meredah off-road versi Tuttoterreno juga ditambah baik dengan dipasangkan beberapa kelengkapan baharu.

BACA >>> Ducati Scrambler 1100 PRO, 1100 Sport PRO Kini di Malaysia, Harga Mula RM75k!

Bagi menampakkan lebih superfisial, subfrem belakang diubah untuk menambah ketinggian pelana. Fork depan digantikan lejang lebih panjang dan rim depan 21 inci untuk memudahkan pengendalian atas permukaan rupa bumi sukar. Tayar pula menggunakan jenis pelbagai rupa bumi Pirelli Scorpion Rally STR.

Sistem lampu kekal sama dan perbezaan utama adalah tambahan spoiler depan kecil dan bampar belakang logam. Fender depan berkongsi dengan Scrambler Desert Sled dan dipasangkan tinggi seperti gaya jentera dirt bike bersedia untuk aksi motocross.

Tangki minyak baharu dibuat daripada aluminium bagi mengurangkan berat dan kelihatan banyak garis maskular, berbeza daripada rekabentuk asal tangki air mata yang ada pada Scrambler. Bahagian grip terotel dan klac  dipasangkan gad tangan, manakala bahagian lain seperti bar hendal dan kluster instrumen tidak berubah.

BACA >>> Inilah 5 Sebab Ducati Scrambler Icon Dark Sesuai untuk Anda

Sistem ekzos menggunakan unit Termignoni yang dikhaskan untuk jentera Scrambler. Bagaimanapun, subfrem tidak berubah, cuma beberapa poin ditambah untuk memasang set silenser itu.

Tiada perubahan mekanikal dilakukan pasukan Officine RossoPuro pada Scrambler 1100 Tuttoterreno. Trenkuasa masih dijana enjin 1,079cc L-Twin berkuasa 85hp dan tork 88Nm, serta transmisi manual 6-kelajuan.

BACA >>> #Intermot2018: Ducati Perkenal 3 Scrambler (2019) - Full Throttle, Café Racer dan Desert Sled

ducati-scrambler-1100-1
ducati-scrambler-1100-5
ducati-scrambler-1100-2
ducati-scrambler-1100-3
ducati-scrambler-1100-4
ducati-scrambler-1100-6
ducati-scrambler-1100-7

Related

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Auto, bikin motor, Ducati, Ducati Scrambler 1100, Ducati Scrambler 1100 Tuttoterreno, Officine RossoPuro, roda2, scrambler

Comments

  1. sofea says

    February 19, 2021 at 5:39 PM

    nice one..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev