ASTRA Honda Motor (AHM) mengemas kini portfolio di Indonesia dengan melancarkan Forza (2021) yang dijual pada harga 83.81 juta rupiah (RM24,220).
Dengan slogan 'Pure Prestigious', skuter maksi ini menampilkan beberapa ciri moden baharu yang menjanjikan keseronokan dan keselesaan menunggang. Berikut spesifikasi Forza 250 (2021) versi Indonesia:
- Dijana enjin eSP+ baharu jenis 4-lejang 4-injap 249cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI yang menghasilkan kuasa 22.8hp @ 7,750rpm dan tork 24Nm @ 6,250rpm, manakala transmisi automatik sentrifugal jenis klac kering.
- Berikut ciri moden yang diperkenalkan pada Forza (2021):
- Lampu LED penuh.
- Lampu belakang LED bersama ciri Signal Henti Kecemasan (ESS) yang diaktifkan automatik apabila membrek mengejut.
- Kotak konsol yang tersedia pengecas USB.
- Ada ciri kawalan tork Honda Selectable Traction Control (HSTC) untuk menyeimbangkan putara roda depan dan belakang supaya tayar tidak menggelincir.
- Ada kunci pintar Honda SMART Key System (SKS) untuk operasi tanpa kunci fizikal. Ciri ini memberikan akses menghidupkan enjin dan mengunci hendal, serta disepadukan bersama ciri imobiliser, penggera anticuri, dan sistem Answer Back untuk mengesan lokasi parkir motosikal.
- Ada visor angin boleh laras elektrik yang boleh diubah mengikut kesesuaian tunggangan.
- Fairing depan disepadukan bersama cermin sisi berserta lampu signal belok LED.
- Kapasiti tangki petrol ialah 11.7 liter, manakala berat kerb 186kg.
- Sistem brek menggunakan brek cakera tunggal 256mm (depan) dan 240mm (belakang) yang mana kedua-dua roda dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran untuk meningkatkat kestabilan dan keselamatan menunggang.
- Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang, manakala tayar bersaiz 120/70 15M/C 56P (depan) dan 140/70 14M/C 62P (belakang)
- Ruang simpanan bawah pelana jenis U-Box boleh memuatkan dua helmet, dan barangan keperluan peribadi lain.
- Kluster instrumen menggabungkan paparan analog dan digital yang memaparkan pelbagai maklumat tunggangan seperti spidometer, takometer, odometer, indikator masa servis, penggunaan bahan api dan indikator HSTC.
- Terdapat dalam empat pilihan warna, iaitu Candy Rosy Red, Pearl Horizon White, Indy Gray Metallic, dan Matte Gunpowder Black Metallic.
BACA >>> Honda Forza 750 (2021) Lancar di Eropah, Skuter Pilihan Tambahan Selain X-ADV 750
BACA >>> Modenas Elegan 250 ABS (2020) Lancar, Harga RM15,315 Sahaja!
Leave a Reply