• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Forza (2021) Lancar di Indonesia: Spesifikasi dan Harga

Honda Forza (2021) Lancar di Indonesia: Spesifikasi dan Harga

February 9, 2021 By Aryon Leave a Comment

563
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ASTRA Honda Motor (AHM) mengemas kini portfolio di Indonesia dengan melancarkan Forza (2021) yang dijual pada harga 83.81 juta rupiah (RM24,220).

Dengan slogan 'Pure Prestigious', skuter maksi ini menampilkan beberapa ciri moden baharu yang menjanjikan keseronokan dan keselesaan menunggang. Berikut spesifikasi Forza 250 (2021) versi Indonesia:

  • Dijana enjin eSP+ baharu jenis 4-lejang 4-injap 249cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI yang menghasilkan kuasa 22.8hp @ 7,750rpm dan tork 24Nm @ 6,250rpm, manakala transmisi automatik sentrifugal jenis klac kering.
  • Berikut ciri moden yang diperkenalkan pada Forza (2021):
    • Lampu LED penuh.
    • Lampu belakang LED bersama ciri Signal Henti Kecemasan (ESS) yang diaktifkan automatik apabila membrek mengejut.
    • Kotak konsol yang tersedia pengecas USB.
    • Ada ciri kawalan tork Honda Selectable Traction Control (HSTC) untuk menyeimbangkan putara roda depan dan belakang supaya tayar tidak menggelincir.
    • Ada kunci pintar Honda SMART Key System (SKS) untuk operasi tanpa kunci fizikal. Ciri ini memberikan akses menghidupkan enjin dan mengunci hendal, serta disepadukan bersama ciri imobiliser, penggera anticuri,  dan sistem Answer Back untuk mengesan lokasi parkir motosikal.
    • Ada visor angin boleh laras elektrik yang boleh diubah mengikut kesesuaian tunggangan.
  • Fairing depan disepadukan bersama cermin sisi berserta lampu signal belok LED.
  • Kapasiti tangki petrol ialah 11.7 liter, manakala berat kerb 186kg.
  • Sistem brek menggunakan brek cakera tunggal 256mm (depan) dan 240mm (belakang) yang mana kedua-dua roda dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran untuk meningkatkat kestabilan dan keselamatan menunggang.
  • Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang, manakala tayar bersaiz 120/70 15M/C 56P (depan) dan 140/70 14M/C 62P (belakang)
  • Ruang simpanan bawah pelana jenis U-Box boleh memuatkan dua helmet, dan barangan keperluan peribadi lain.
  • Kluster instrumen menggabungkan paparan analog dan digital yang memaparkan pelbagai maklumat tunggangan seperti spidometer, takometer, odometer, indikator masa servis, penggunaan bahan api dan indikator HSTC.
  • Terdapat dalam empat pilihan warna, iaitu Candy Rosy Red, Pearl Horizon White, Indy Gray Metallic, dan Matte Gunpowder Black Metallic.

BACA >>> Honda Forza 750 (2021) Lancar di Eropah, Skuter Pilihan Tambahan Selain X-ADV 750
BACA >>> Modenas Elegan 250 ABS (2020) Lancar, Harga RM15,315 Sahaja!

Related

563
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Astra Honda Motor (AHM), Honda, Honda Forza (2021), roda2, skuter, skuter maksi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev