ANAK syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Rapid Bus Sdn Bhd meluaskan perkhidmatan Bas Perantara LRT merah jambu kepada 15 laluan tambahan bermula 18 Februari ini berikutan sambutan menggalakkan daripada pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, inisiatif tersebut adalah kesinambungan kepada projek perintis pada 3 September tahun lalu melibatkan penambahbaikan perkhidmatan Bas Perantara LRT sepanjang 10 laluan sedia ada seperti ke Stesen LRT Gombak, Taman Melati dan Sri Rampai.
Menurutnya, Rapid Bus menerima maklum balas positif menerusi program tersebut apabila 81 peratus daripada 1,000 responden menyatakan bas baharu itu kini lebih mudah dicam, dan patuh jadual.
"Ia sebahagian usaha berterusan pihak kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Dengan penampilan baharu ini, kami mendapati bahawa pelanggan dan orang ramai lebih senang membezakan antara bas Perantara LRT dan bas Rapid KL biasa,” katanya.
Muhammad Yazurin berkata, hasil kaji selidik dijalankan bulan lalu turut mendapati 92 peratus responden mengesyorkan perkhidmatan tersebut kepada orang ramai. Rapid Bus akan membahagikan pelaksanaan perkhidmatan itu kepada beberapa peringkat melibatkan penyusunan semula operasi bas, penjadualan dan kekerapan menurut permintaan.
BACA >>> Perkhidmatan Bas Rapid KL Kini dalam Google Maps Secara 'Real-Time'
BACA >>> Kena Berhenti Kerja, Drebar Bas Ekspres Terpaksa Sewa Lori Hantar Ketum
Berikut 15 laluan baharu Bas Perantara LRT:
1. T180 Taman Dato’ Senu - LRT Sentul
2. 822 LRT Bangsar - Bangsar Shopping Centre
3. 541 Putra Permai - LRT BK 5
4. T603 LRT Puchong Prima - Taman Mas Sepang
5. T640 Stesen LRT Taman Jaya - Taman Sri Sentosa
6. T600 Stesen LRT IOI Puchong - Taman Wawasan
7. T757 Stesen LRT Alam Megah - Sek 27 Shah Alam
8. T778 Stesen LRT USJ 21 - One City
9. T781 Stesen LRT Kelana Jaya - Kelana Centre Point
10. T782 Stesen LRT Lembah Subang - Ara Damansara
11. T783 LRT Taman Bahagia - SS 6
12. T785 LRT Taman Paramount - Kg Baiduri
13. T786 LRT Asia Jaya - Universiti Mahsa
14. T787 Stesen LRT Asia Jaya - Seksyen 14 & 17
15. T791 Stesen LRT Kerinchi - Pantai Hill Park
Leave a Reply