• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Akan Kaji Cara Lupus Kereta Terbiar

Kerajaan Akan Kaji Cara Lupus Kereta Terbiar

February 6, 2021 By Han Othman Leave a Comment

592
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengambil tindakan lebih tegas bagi mengatasi masalah kereta usang dan terbiar dalam negara.

Justeri kajian kini dilakukan bagi memantapkan dan mencari kaedah terbaik dalam sistem pengurusan pelupusan kereta terbiar yang akan dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kajian tersebut akan melibatkan lima PBT, terdiri daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Isu pelupusan kereta usang dibangkitkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin ketika melawat MPKj sebagai sebahagian lawatannya ke PBT. Susulan itu, beliau meminta PBT mengambil tindakan penguatkuasaan lebih tegas dan cepat terhadap pelupusan kereta usang.

Zuraida turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM1.2 juta bagi inisiatif pembinaan dan menaik taraf kawasan komuniti, ruang perniagaan dan tarikan pelancongan setempat di kawasan MPKj.

Antara projek terlibat adalah menaik taraf kemudahan rekreasi di Bukit Broga, Hulu Langat; membaik pulih bumbung di Dewan Komuniti Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dan meroboh serta membina gerai perniagaan yang rosak akibat kebakaran di Taman Perkasa, Hulu Langat.

BACA >>> Menteri: JPJ, Majlis Bandaraya Akan Diberikan Kuasa Lupus Kereta Terbiar Lama
BACA >>> #SembangDeras: Inilah 5 Sebab Kenapa Dasar Lupus Kereta Sekadar Sembang!

SUMBER: Bernama

Related

592
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dasar Lupus Kereta, Kereta Terbiar, Kereta Usang, Lupus Kereta, PBT, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my