FORD dan Google mengumumkan kerjasama strategik enam tahun yang akan membantu pengeluar automotif dari Amerika Syarikat (AS) itu memacu pelan transformasi dalam membangunkan teknologi kenderaan terhubung.
Ford juga memilih Google Cloud sebagai penyedia perkhidmatan awan (cloud) yang akan menggunakan kepakaran syarikat enjin carian maya itu dalam pembelajaran mesin, kepintaran buatan (AI) dan data. Kerjasama itu bakal menjadikan semua model Ford dan Lincoln masa depan dikuasakan sistem operasi (OS) Android, termasuk Google Apps dan perkhidmatan terbina dalam menjelang 2023.
Bermula 2023, pemilik Ford dan Lincoln baharu akan menikmati ciri seperti Google Assistant dan Google Maps, bersama dengan akses Google PlayStore untuk memuat naik aplikasi kegemaran. OS Android baharu juga bakal menawarkan kemas kini atas talian yang direka untuk meminimumkan gangguan terhadapm pemandu selain memberikan pengalaman kenderaan terhubung lebih efisien.
BACA >>> Ford Mustang Mach-E - Crossover EV Berkuasa dengan Jarak Perjalanan Hingga 600km!
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ford, Jim Farley berkata;
Dalam usaha Ford meneruskan transformasi paling mendalam dalam sejarah kami dengan elektrifikasi, konektiviti, dan pemanduan autonomi, Google dan Ford kini bersama mewujudkan penjana inovasi yang benar-benar mampu memberikan pengalaman superior kepada pelanggan selain memodenkan perniagaan kami."
CEO Google dan Alphabet, Sundar Pichai pula berkata;
Daripada barisan pemasangan bergerak pertama hingga teknologi bantuan pemandu terkini, Ford sudah menetapkan pelbagai inovasi dalam industri automotif untuk hampir 120 tahun."
"Kami berbangga bekerjasama melaksanakan yang terbaik dalam AI, analitik data, perkomputeran dan platform awan Google bagi membantu perniagaan Ford, termasuk membina teknologi automotif untuk mengekalkan keselamatan pengguna dan sentiasa terhubung sepanjang pemanduan."
Ford dan Google akan menubuhkan kumpulan usahasama dipanggil Team Upshift yang menggunakan bakat dan aset daripada kedua-dua syarikat tersebut untuk membangunkan apa saja cara baharu dalam pembelian kereta, tawaran pemilikan berorientasikan data baharu, dan lain-lain.
Menurut Farley lagi, Ford teruja mahu menghasilkan perkhidmatan dan produk berbeza yang mana kerjasama tersebut bakal memberikan pengguna Ford dan Lincoln akses ke dalam dunia servis dan aplikasi Google bertaraf dunia.
BACA >>> Ford Mustang Mach 1 (2021) yang Lebih Berkuasa daripada Mustang GT! Harga RM214k
BACA >>> Perkhidmatan Bas Rapid KL Kini dalam Google Maps Secara 'Real-Time'
Leave a Reply