PENGELUAR tempatan, MForce Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan model skuter baharu, WMoto ES125 (2021) yang dikhaskan semua peminat motosikal seluruh Malaysia, terutama pelajar dan penunggang wanita.
Berikut perincian spesifikasi ES125 (2021):
- Skuter ini memiliki dimensi panjang 1,860mm, lebar 690mm dan tinggi 1,065mm, manakala jarak roda 1,295mm.
- Tinggi pelana 745mm sesuai untuk ditunggang majoriti saiz penunggang Malaysia tanpa mengira lelaki atau perempuan, manakala jarak lega bumi 135mm
- Trenkuasa dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 118.8cc penyejukan udara dengan teknologi mesra alam Environment Care System (ECS) berkuasa 8.7hp @ 7,500rpm dan tork 9.5Nm @ 6,000rpm, manakala transmisi jenis automatik CVT.
- Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan dwi-absorber Kayaba (KYB) yang memberikan keselesaan optimum buat penunggang dan pembonceng.
- Saiz tayar 70/90-14 (depan) diapit brek cakera, dan 80/90-14 (belakang) dengan brek dram.
- Kapasiti tangki minyak 3 liter, dan berat skuter ini cuma 95kg, cukup ringan untuk memberikan penjimatan bahan api selain mudah dikendalikan dalam situasi trafik sesak dalam bandar.
- Ruang simpanan bawah pelana 9 liter mampu memuatkan pelbagai barangan peribadi.
- Ada palam USB dalam kompartment pemuka untuk mengecas telefon pintar dan peranti elektronik lain, juga kompartmen tambahan untuk meletakkan barangan kecil.
- Menggunakan sistem penghidup jenis elektrik dan penghidup tendang.
- Ada fungsi brek parkir sebagai ciri keselamatan untuk mengelak situasi terpulas terotel ketika berhenti dalam keadaan enjin dihidupkan.
- Lampu utama dan lampu belakang adalah jenis lampu siang (DRL) yang sentiasa aktif sebaik enjin dihidupkan dengan kualiti nyalaan yang terang.
- Memiliki lantai kaki lebar untuk keselesaan tunggangan dalam sebarang kondisi jalan raya. Penampilan badan menampilkan rekaan grafik sporty dengan dekal bertekstur tiga dimensi (3D).
- Ada empat warna ditawarkan, iaitu hitam, kelabu, dan merah untuk Standard, manakala Special Edition didatangkan dalam warna istimewa, hijau.
- Harga versi Standard ialah RM4,588, manakala Special Edition berhjarga RM4,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
BACA >>> MForce Bike Holdings Pengedar Baharu Benelli Di Malaysia - Bakal Lancar Beberapa Model Tahun Ini
BACA >>> WMoto V16 - Cruiser Gaya Amerika Kini di Malaysia, Harga RM15.9k!
Azrul says
Berapa panjang meter dan ukuran meter