• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Pintas Volkswagen untuk Jenama Automotif Paling Laris Dunia Sepanjang 2020

Toyota Pintas Volkswagen untuk Jenama Automotif Paling Laris Dunia Sepanjang 2020

February 1, 2021 By Han Othman Leave a Comment

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA kembali mengungguli ranking jenama automotif paling laris di dunia sepanjang 2020 walaupun dunia berdepan krisis penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan jualan kenderaan global.

Walaupun keadaan dijangka kembali pulih perlahan-lahan, tetapi angka dicapai berbanding tahun terdahulu (2019) nyata menurun, termasuk Toyota walaupun menjadi pengeluar paling laris 2020, iaitu sebanyak 9.53 juta unit seluruh dunia. Angka tersebut melibatkan subsidiari lain yang bernaung di bawah Toyota seperti Daihatsu, dan Hino.

Pencapaian itu membolehkan Toyota mengatasi Volkswagen Group (9.31 juta kenderaan) selepas kali terakhir dicapai pada 2015 hingga 2019.

Menurut penyedia maklumat Amerika-British yang berpangkalan di London, IHS Markit, penutupan pengedar dan kilang akibat Covid-19 adalah punca kemerosotan angka jualan global hingga 14 peratus berbanding 2019. Di Eropah, jualan kenderaan turun 24 peratus dan secara tidak langsung mempengaruhi jualan Volkswagen yang banyak menjual produk jenama itu di sana.

Toyota pun tidak terkecuali  yang terkesan akibat kemerosotan jualan di pasaran Amerika Syarikat sebanyak 15 peratus.

Walaupun Toyota biasanya mengharapkan Corolla sebagai model taruhan, tetapi tahun lalu model paling banyak melonjakkan jualan pengeluar dari Jepun itu ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) RAV4, iaitu sebanyak 994,000 unit. Jualan SUV itu meningkat di tiga pasaran besar dunia, iaitu Eropah, China dan Amerika Utara.

Namun IHS Markit menjangka Volkswagen Group akan kembali memintas Toyota tahun ini yang akan dibantu pelancaran model baharu seperti ID 3, ID 4 dan lain-lain.

Bagaimanapun, Toyota juga tidak berdiam diri walaupun Pengerusi Akio Toyoda menganggap model elektrik cuma kekecohan sementara, tetapi pengeluar itu dalam diam sedang membangunkan bateri pejal (solid state) untuk model crossover elektrik.

BACA >>> 16 Fakta Pantas: Toyota RAV4 Serba Baharu Lancar di Malaysia! Harga Mula RM196k
BACA >>> Kinto One - Program Langganan Kereta Toyota, Lexus dengan Perlindungan Takaful
BACA >>> Volkswagen ID Buggy - Ilham Kereta Bugi Pantai California Era 1960-an

Related

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akio Toyoda, Auto Terkini, IHS Markit, Jualan Toyota 2020, Jualan Toyota Global 2020, Toyota, Toyota Global

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev