ENJIN kereta terdiri daripada banyak komponen dalaman yang sentiasa bergerak sebaik saja dihidupkan sama ada secara memulas kunci tradisional atau menekal punat tekan-mula (push-start).
Apabila dihidupkan, proses pembakaran yang berlaku melibatkan campuran udara dan bahan api (petrol/diesel) dan kemudian menggerakkan banyak komponen dalaman enjin bagi membolehkan roda diputarkan untuk kereta itu bergerak.
Pergerakan itu pula mesti selari penggunaan minyak enjin supaya komponen dalaman tidak saling bergesel, dan kekal optimum dalam sebarang pemanduan asalkan berada dalam julat halaju disarankan. Minyak enjin berfungsi sebagai lapisan filem pelindung yang menyadur komponen logam enjin bergerak
BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Minyak Enjin Kereta Tak Boleh Guna untuk Motosikal?
Enjin kereta baharu memerlukan gred minyak hitam lebih rendah, atau kurang likat.
Inilah sebab kenapa minyak enjin mempunyai label tahap kelikatan tertentu seperti 0W-20 hingga paling likat seperti 20W-50 (makin tinggi makin likat).
Kebiasaannya, kereta baharu disarankan menggunakan minyak enjin dengan tahap kelikatan rendah, seperti minyak enjin 5W-30. Namun bagi kereta berusia, pemilik disarankan menggunakan minyak enjin lebih likat seperti 10W-40.
Kenapa agaknya?
Sebabnya, komponen kereta berusia mengalami perubahan celahan dalam binaan komponen enjin kerana berlaku banyak pergerakan sepanjang pemanduan. Jadi ada binaan komponen dalaman enjin sudah menjadi longgar. Perubahan binaan komponen itu membuatkan minyak enjin tidak cukup kental atau likat untuk naik ke atas dan menyadur komponen dalaman enjin, sekali gus menjejaskan operasi enjin.
Minyak enjin lebih likat memiliki kemampuan lebih baik untuk melindungi komponen dalaman kereta yang sudah berusia berbanding minyak enjin berkelikatan rendah.
Justeru, bagi kenderaan yang mencapai usia 10 tahun ke atas, anda disarankan menukar minyak enjin sedia ada kepada jenis berkelikatan tinggi. Ini kerana celahan komponen dalaman enjin tidak lagi serapat ketika dalam kondisi baharu dulu, sekali gus memerlukan minyak enjin lebih likat bagi menjaga kelinciran enjin.
BACAS >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Istilah Pada Label Botol Minyak Enjin?
Alson P says
Saya pernah guna minyak gred SAE 10w60... Layan overspeed limit lebuh Raya 190kmh - 210kmh... Walaupun high rev rpm 5k+ enjin tetap smooth..
SAE 10w60 for high performance use
Mohd Yusuf bin Ibrahim says
Wira tahun 1999 minyak yang mna lebih sesuai, jenis apa
mohd nazim says
kalau kereta perodua viva 10tahun usia 10/30 kelikatan minyak sesuai ka?
Azhan O says
Nak kekal minyak enjin standard pun tak ada masalah
Ajib says
Saya menggunakan myvi thn 2005..dari mula beli sehingga sekarang masih menggunakan minyak semi 5w30..:Adakah saya perlu menukar minyak semi 10w40 tuan..
Abang GYL says
Kekal pun okey. nak tukar juga tiada masalah
Fazilah Salleh says
Sy mggunakan minyak 0w30 utk kereta Honda City batch 2009-2012 yg dibeli pda pertengahan tahun 2012. Masih sesuai ke minyak fully synthetic tersebut atau sy perlu menukar kepada minyak semi synthetic? Mohon pandangan Abg Gan.
Azhan O says
Kalau dah guna fully syn, tak perlu pun tukar kepada semi.
Yza says
Hyundai matrik sesuai dgn minyak enjin apa
wahibah ab rahman says
klu viva 650 11 tahun minyak enjin apa yg sesuai.Bezza 7 th pulak minyak enjin apa yg sesuai
Azhan O says
Ok saja pakai minyak OEM sedia ada
Suhayl Azmin Bin Mohammad Fekri says
Wira 1.5 makan minyak hitam, minyak apa yg sesuai utk injin ni ye
Myra says
Sebelum ni guna 10-40 lepas TU tukar yg kelikatan rendah ...ada kah ble mnyebabkan enjin rosak @enjin bunyi agak kasar
Abu says
Jika Kereta sarena s20 thn 2001,minyak engine apa yg sesuai
Azhan O says
Ikut yang direkomen OEM atau mekanik bertauliah
Azry says
Jika kereta kancil 660 first model 94'. belum pernah buat overhaul, sementara kumpul modal nk overhaul guna minyak gred apa ?terdapat keluar asap pada ekzos kereta
Nizam says
Salam, kalau kenari lebih dr 20tahun sblum ni guna 10w30, nk tukar yg lebih likat 10-40 ok tak tuan...
Azman says
Honda HRV 2017 (milage 60k)..sesuai gred mana?
Mr Neo says
Hi Tn, Nak tanya selepas kereta engine full overhaul, kereta yg sudah 20 tahun usianya. Bole kerr guna minyak engine fully synthetic.... Tq
Azhan O says
Kereta lama tak sesuai guna fully synthetic.