• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kes Provokasi Polis: Geng Abang Botak Kena Khidmat Masyarakat Dua Bulan

Kes Provokasi Polis: Geng Abang Botak Kena Khidmat Masyarakat Dua Bulan

January 25, 2021 By Han Othman Leave a Comment

498
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAHKAMAH menerima rayuan empat lelaki untuk tidak dipenjarakan, sebaliknya diarahkan melakukan kerja amal selama dua bulan selepas masing-masing mengaku bersalah melakukan provokasi terhadap anggota polis dalam insiden di Jalan Tanjong Tokong, Georgetown, Pulau Pinang, minggu lalu.

Shahrizal Anuar, 38, Mohd Safwan Akbar, 29, Mohd Hafiz Shah, 28 dan Mohd Danial Al Arabia Mohd Rafi, 24, akan memulakan hukuman khidmat masyarakat selama tiga jam setiap hari sepanjang tempoh berkenaan.

Ketiga-tiga mereka diarahkan melapor diri kepada Jabatan Penjara Malaysia di bawah Akta Perintah Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (PKW) 1954 yang mana pihak penjara akan menentukan jenis khidmat masyarakat perlu dilakukan.

PKW ialah program khidmat masyarakat sebagai perintah alternatif selain hukuman penjara.

Keempat-empat pesalah itu didakwa melakukan kekerasan jenayah berbentuk provokasi terhadap tiga anggota polis di persimpangan lampu isyarat Jalan Tanjung Tokong, jam 5.40 petang pada 17 Januari lalu di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan. Jika bersalah, tertuduh boleh dihukum maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

 

Di mahkamah itu juga, empat lelaki tersebut bersama tiga lagi tertuduh, Azizul Mohamad, 45, Mohd Idris Ayob, 25, dan Danish Ikmal Mohd Shafiq Samugam, 20, turut didenda RM700 selepas mengaku bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa dan tempat sama.

Jika gagal membayar denda, semua tertuduh boleh dipenjarakan selama tiga minggu.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021. Jika bersalah boleh dihukum maksimum penjara enam bulan dan denda RM1,000 atau kedua-duanya.

BACA >>> Mana Ada Polis Tendang? Abang Botak Kena Reman!
BACA >>> Kes Hentak Cermin Kereta: Abang Botak Pilih Bayar RM10k

SUMBER: Bernama

Related

498
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: abang botak, Abang Botak Provokasi Polis, Auto Terkini, Fitnah polis, Georgetown, Kes Provokasi Polis Tanjung Tokong, Polis Tendang Penunggang Motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev