• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mana Ada Polis Tendang? Abang Botak Kena Reman!

Mana Ada Polis Tendang? Abang Botak Kena Reman!

January 19, 2021 By AO Leave a Comment

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENUNGGANG motosikal yang mengalami kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Tanjung Tokong, George Town, Pulau Pinang dua hari lalu mengaku tidak ditendang anggota unit rondaan bermotosikal (URB) seperti mana ditularkan di media sosial.

Sebenarnya, suspek, yang berusia 21 tahun dan rakan pembonceng, 19, didapati menunggang tanpa helmet dan cuba mengelak daripada ditahan anggota URB. Di satu persimpangan, suspek melanggar lampu trafik kerana menurutnya tidak perasan lampu sedang merah sebelum dirempuh sebuah kereta.

BACA >>> Pemandu Rempuh Papan Tanda Sekatan Jalan Raya Polis Sebab Ralit Main Telefon Bimbit

suspek-halang-polis-1
suspek-fitnah-polis

Suspek mengalami patah kaki, manakala rakannya parah dan kini dirawat di zon merah Hospital Pulau Pinang. Polis akan mengambil keterangan apabila keadaan semakin pulih. Pengakuan penunggang itu turut mengetepikan khabar angin yang mengatakan mereka ditendang anggota URB.

Susulan kemalangan itu juga, tujuh lelaki berusia 20-45 tahun ditahan dan direman tiga hari untuk disiasat berikutan insiden sekumpulan lelaki datang mengepung dan menghalang tugas polis.

 

Beberapa individu lagi kemungkinan akan ditahan untuk membantu siasatan. Menurut anggota URB, ada lebih 30 lelaki datang membuat provokasi dengan memaki hamun dan mengugut selepas insiden kemalangan tersebut. Polis turut menyiasat individu yang membuat hantaran berbaur fitnah di Facebook dan WhatsApp hingga menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semalam, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong menafikan tiga anggota URB bertindak menendang motosikal dinaiki dua lelaki tersebut hingga menyebabkan kemalangan. Faktanya, anggota URB sedang membuat rondaan dan terserempak suspek penunggang dan pembonceng tanpa helmet, serta mengarahkan mereka berhenti untuk pemeriksaan.

BACA >>> Kereta Anggota, Pegawai Polis Guna Nombor Plat 'Fancy' Pun Kena Saman!

SUMBER: Bernama | FB InfoRoadblock JPJ/Polis

Artikel Berkaitan

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, kemalangan jalan raya, Langgar Lampu Trafik, Lari Polis, roda2, Unit Rondaan Bermotosikal (URB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
    #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci
    5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my