• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lagi Penghantar Ketum Kena Cekup, Sanggup Redah Kedah-Kelantan Demi RM500

Lagi Penghantar Ketum Kena Cekup, Sanggup Redah Kedah-Kelantan Demi RM500

January 24, 2021 By Han Othman Leave a Comment

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG penganggur ditahan polis kerana menyalahgunakan surat kebenaran rentas daerah bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 untuk menghantar bungkusan ketum dengan upah RM500 dari Naka di Kuala Nerang, Kedah ke Kelantan.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) Ops Covid-19 di Jalan Jeniang-Sik, Kedah pada jam 3.30 pagi tadi. Daun ketum itu dibungkus dalam plastik hitam dan dianggarkan seberat 1,000kg dengan nilai kira-kira RM10,000, serta dihantar menggunakan lori tiga tan.

Ketika ditahan, bungkusan ketum itu cuba disembunyikan dengan dihadang bakul-bakul kosong.

Suspek dikatakan mempunyai kebenaran rentas negeri yang dimohonnya untuk mengambil bekalan makanan haiwan ternakan di Pulau Pinang, tetapi disalahgunakan. Dengan alasan desakan hidup, dia mendakwa mengambil upah RM500 yang dibayar separuh sebelum dan selepas penghantaran dibuat di Kelantan.

Menurut polis, harga pasaran semasa ketum ialah RM10 per kg, dan dijual kira-kira RM40-RM50 per kg di Kelantan. Suspek juga dipercayai sudah tiga kali datang ke Kedah dan dipercayai terlibat dalam pengedaran ketum sejak setahun lalu.

 

Berdasarkan semakan polis, suspek mempunyai empat kesalahan berkaitan dadah, manakala ujian saringan air kencing ialah positif dadah jenis Metamfetamin. Dia kini direman empat hari hingga 27 Januari ini untuk disiasat, dan akan disaman kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP di bawah Peraturan 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

BACA >>> Kena Berhenti Kerja, Drebar Bas Ekspres Terpaksa Sewa Lori Hantar Ketum
BACA >>> Penghantar Barang Amazon Kena Pecat Sebab Curi PS5

SUMBER: Bernama

Related

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ditahan Hantar Ketum, Hantar Ketum, Kompaum PKP, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP 2.0, Prosedur Operasi Standard (SOP), SOP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev