SEBUAH syarikat pemula (start-up) yang berpangkalan di Israel, StoreDot menghasilkan bateri untuk kenderaan elektrik (EV) yang boleh dicas sepantas lima minit!
Sampel kejuruteraan buatan syarikat itu menggunakan bahan nanopartikel metaloid untuk menggantikan grafit dalam anod bagi sel bateri tradisional. Dihasilkan EVE Energy di China, bateri baharu tersebut dikatakan mampu menangani isu berkaitan keselamatan, kitaran hayat dan masalah pembekakan.
BACA >>> Toyota Bakal Bangunkan Bateri Kereta Elektrik yang Boleh Cas Penuh 10 Minit Sahaja
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) StoreDot, Dr Doron Myersdorf (foto atas) berkata, pasukan saintis syarikatnya berjaya mengatasi cabaran XFC seperti keselamatan, kitaran hayat dan pembengkakan dengan memanfaatkan material inovatif dan rekabentuk sel.
Pengumuman hari ini ialah batu tanda penting yang menggerakkan XFC buat kali pertama di luar inovasi dalam makmal kepada produk boleh komersial untuk pengeluaran massa. Ini akan membuka jalan kepada pelancaran prototaip bateri anod dominan-silikon generasi kedua untuk EV, tahun ini."
StoreDot turut menunjukkan demonstrasi bateri cas pantas yang dihasilkan syarikat itu pada motosikal dengan hitungan masa lima minit sahaja. Bagaimanapun, proses mengecas kereta EV sepantas itu memerlukan pengecas kuasa tinggi berbanding arus elektrik biasa.
Berdasarkan infrastruktur pengecasan sedia ada, syarikat itu merancang menambah jarak perbatuan 160km lagi untuk pengecasan lima minit menjelang 2025 untuk jarak keseluruhan hingga 300km!
Myersdorf berkata;
Cas bateri litium-ion selama 5 minit dianggap sebagai mustahil. Tetapi kami tidak mendedahkan prototaip makmal, kami mengeluarkan sampel kejuruteraan daripada barisan pengeluaran massa. Ini menunjukkan ia boleh dilaksanakan dan sedia dikomersialkan.
Nanopartikel yang digunakan bateri StoreDot mampu menyokong pergerakan ion lebih efisien berbanding grafit. Bahan nanopertikel berasaskan germanium itu juga mudah diuruskan dalam pembuatan. Matlamat StoreDot kini adalah menggunakan bahan silikon yang lebih murah dan sepatutnya lebih menjimatkan berbanding bateri lithium-ion sedia ada.
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply