• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Sebelum 'The Doctor', Rossi Pernah Dipanggil 'Rossifumi', 'Valentinik'

#RetroAuto: Sebelum 'The Doctor', Rossi Pernah Dipanggil 'Rossifumi', 'Valentinik'

March 12, 2021 By Aryon Leave a Comment

330
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBENARNYA selain The Doctor, Valentino Rossi juga pernah dipanggil Rossifumi dan Valentinik, tetapi The Doctor ialah nama julukan paling popular dan dikenali ramai peminat seluruh dunia serta masih digunakan hingga sekarang.

Kami pernah menyiarkan artikel mengenai asal gelaran The Doctor yang mana ramai doktor di Itali memiliki nama keluarga (surname) 'Rossi'. Ia juga nama panggilan dihormati di sana dan sebab itulah juara dunia sembilan kali tersebut gemar menamakan dirinya sebagai The Doctor.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Valentino Rossi Dipanggil 'The Doctor'?

Sebenarnya, asal usul The Doctor sentiasa jadi misteri kerana Rossi sendiri tidak pernah berterus-terang tentang rahsia di sebalik nama julukan tersebut. Justeru muncul pelbagai versi mengenai nama berkenaan seperti berikut:

  • Ada pihak mendakwa Rossi berhasrat mahu jadi doktor.
  • Ada berpendapat Rossi mahu berfikir dan bekerja seperti doktor. Pengurus Pemasaran VR46 Racing, Gianluca Falcioni pernah berkata, Rossi tidak ubah seperti doktor ketika mempersiapkan jenteranya.

Dia lakukan banyak aspek, seperti sedang merawat macam doktor."

  • Bagaimanapun menurut Falcioni memang ada pendapat lain mengenai asal The Doctor yang mengatakan Rossi sebenarnya mahu jadi doktor di universiti, tetapi tiada siapa dapat mengesahkan dakwaan berkenaan.
  • Pengarah Urusan Dainese, Fabio Muner juga tidak tahu asal-usul The Doctor, tetapi mengakui Rossi memang suka dipanggil sebagai The Doctor.
Rossi dan Honda NSR500 memenangi 11 perlumbaan GP500 pada 2001.
  • Namun, jika mengikut perkembangan karier Rossi, nama julukan tersebut muncul apabila beliau memasuki kelas 500cc daripada 250cc pada 2000. Dalam satu temu bual media, pelumba Itali itu pernah berkata;

Kami tukar kepada The Doctor pada 2001 sebab dalam kelas 500cc kita tak perlukan superhero, kita perlu jadi diam, tenang dan berfikir lebih kepada doktor. Lagi, sebab kat Itali sangat ramai doktor dipanggil Dr Rossi. Jadi aku jadi Dr Rossi."

  • Ini kerana dalam kelas 125cc dan 250cc, perangai Rossi agak sedikit liar dan gila-gila. Namun selepas melangkah masuk ke kelas premier, mungkin beliau berfikir sudah tiba masa dia berfikir seperti The Doctor.
  • Bapanya pula, Graziano Rossi ada pendapat rsendiri mengenai nama julukan The Doctor yang digunakan Rossi.

"Di Itali, nama The Doctor berikan kehormatan, itu sangat penting."

DARI MULUT ROSSI

Namun, jika mengambil fakta yang keluar dari mulut Rossi sendiri adalah berdasarkan temu bual media Motorsport di Sepang pada 18 Oktober 2001, iaitu empat hari selepas beliau merangkul kejuaraan dunia GP 500cc di Philip Island.

Tahun itu juga adalah kejuaraan terakhir kelas premier dengan jentera 2-lejang 500cc sebelum dinaik taraf kepada MotoGP dengan jentera 4-lejang 990cc pada 2002. Berikut petikan temu bual tersebut:

MotorSport:

Beritahu kami pasal alter-ego: Rossifumi, Valentinik dan the Doctor…"

Rossi:

Sebelum aku mula berlumba dalam kejuaraan dunia, aku minat sangat dengan perlumbaan GP, itu memang keghairahan aku. Aku tengok semua perlumbaan kat TV, kenal semua nombor rider, semua design helmet, semua litar.  Rossifumi adalah untuk Norifumi Abe sebab aku betul-betul suka kat dia dan semua rider Jepun.

"Kami tukar kepada Valentinik pada 1999 sebab kami perlukan superhero untuk bangkit dari situasi teruk pada 98. Pada penghujung 98, aku tukar sikit stail ride, menang empat pusingan akhir dan jadi sangat kuat dalam (GP) 250. Selepas itu, aku siap sedia untuk menang pula kejuaraan 99, kami pilih superhero ni berdasarkan hero komik Itali, dipanggil Paperinik.

"Paperino ialah Donald Duck di Itali dan Walt Disney ada superhero itik dipanggil Paperinik yang pakai topeng dan topi, tapi dia tak macam Superman, dia selalu tak bernasib baik, dia buat beberapa kesilapan, tapi akhir setiap cerita dia selalu jadi superhero. Paperino jadi superhero dan jadi paperinik, so Valentino jadi superhero dan jadi Valentinik!

"Selepas itu, kami tukar kepada The Doctor pada 2001 sebab dengan (GP) 500 kau dah tak perlukan superhero, kau perlu jadi diam, tenang dan berfikir, lebih kepada doktor. Lagi, sebab kat Itali sangat ramai doktor dipanggil Dr Rossi. Jadi aku jadi Dr Rossi. So, apa lagi lepas tu? Tahun depan (2002) kami kekal dengan lagi dengan The Doctor dan selepas tu aku tak tau, kami tak ada idea lagi."

BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Teknik Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?
BACA >>> #RetroAuto: Idea Doohan, Skil Rossi Popularkan Brek Ibu Jari dalam MotoGP

SUMBER: MotorsportMagazine.com

Related

330
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, Retro Auto, Rossifumi, The Doctor, Valentinik, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev