• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Asean NCAP Siar Video, Perincian Ujian Perlanggaran Nissan Magnite

Asean NCAP Siar Video, Perincian Ujian Perlanggaran Nissan Magnite

January 22, 2021 By Han Othman Leave a Comment

38
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA awal Januari lalu, kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Magnite spesifikasi Indonesia diumumkan mendapat rating 4-bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP. Terbaharu, agensi piawaian standard keselamatan kenderaan di Asia Tenggara itu  menyiarkan pula video dan perincian ujian tersebut.

BACA >>> Nissan Magnite (2021) Dapat 4-Bintang dalam Ujian Perlanggaran Asean NCAP

Apakah yang menyebabkan Magnite gagal mendapat rating keselamatan penuh, iaitu 5-bintang? Berikut perincian tiga kategori utama yang dinilai Asean NCAP, iaitu:

1. Perlindungan Penumpang Dewasa - 39.02 poin

Ujian ini menilai impak perlanggaran ke atas pemandu dan penumpang  depan. Perinciannya ialah 12.87 poin untuk ujian perlanggaran depan, 15.22 poin (perlanggaran sisi) dan 0 poin (teknologi perlindungan kepala).

Bagi kenderaan dengan beg udara sisi, keputusan impak sisi diperoleh Magnite boleh dianggap antara terbaik.

2. Perlindungan Kanak-Kanak - 16.31 poin

Dalam ujian perlanggaran depan dan sisi, Magnite hanya mampu mendapat 4 poin sahaja. Jika dibandingkan Kicks, model SUV subkompak itu mampu meraih 6.37 dan 8.00 poin untuk ujian perlanggaran depan.

3. Teknologi Bantuan Keselamatan  - 15.28 poin

Dalam kategori ini, Magnite tidak banyak mendapat skor tinggi memandang SUV ini cuma ada ciri Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Jika dibandingkan pesaingan SUV lain dalam segmen sama di Indonesia, Daihatsu Rocky misalnya meraih 5-bintang dalam Japan NCAP. Model dari Korea pula, Hyundai Venue mendapat skor 4-bintang dalam Australasian NCAP. Renult Kyger dan Kia Sonet pula masih menunggu keputusan ujian.

Jadi jawapan kepada kenapa Magnite cuma mampu memperoleh 4-bintang dalam Asean NCAP adalah kerana SUV subkompak itu tidak menawarkan banyak ciri keselamatan. Inim mungkin kerana Nissan cuba berkompromi dengan harga jualan Rp240 juta (RM69,255) yang lebih murah dibandingkan pesaing lain.

BACA >>> Nissan Magnite (2021) Diperkenal di Indonesia, Harga Serendah RM60k!

Bagaimanapun, rating 4-bintang diraih Mganite boleh dianggap sudah berbaloi bagi SUV kecil ini. Jom kita layan video di bawah ini:

Related

38
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ASEAN NCAP, Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan Indonesia, Nissan Magnite, Roda4, SUV, ujian perlanggaran, Ujian Perlanggaran Asean NCAP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev