• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Motosikal Indonesia Merosot Teruk Sepanjang 2020, Cuma TVS Motor Buat Untung

Jualan Motosikal Indonesia Merosot Teruk Sepanjang 2020, Cuma TVS Motor Buat Untung

January 21, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERSATUAN Industri Motosikal Indonesia (AISI) mendedahkan rekod jualan motosikal tahun lalu yang mencatatkan kemerosotan mendadak berikut krisis penularan wabak Covid-19.

Angka jualan dicatatkan motosikal Honda menurun hingga 39.6 peratus sepanjang 2020 berbanding 2019, manakala Yamaha lebih parah, merosot hingga 55.7 peratus. Bagaimanapun, AISI tidak memperincikan jualan setiap model.

Berdasarkan statistik didedahkan, jualan motor di Indonesia merosot 49 peratus berbanding 2019 dalam tempoh sama (Januari-Ogos 2019). Jika sebelum ini pengeluar dapat menjual 4,350,150 unit motosikal, tetapi jualan 2020 (Januari-Ogos) cuma 2,137,442 unit sahaja, membabitkan semua jenama.

Secara keseluruhan, Honda masih mendominasi pasaran dengan jualan 1,981,000 unit. Bagaimanapun angka tersebut mencatatkan penurunan besar berbanding tahun terdahulu. Begitu juga situasi dialami Yamaha apabila hanya menjual 423,654 unit sahaja berbanding tahun lalu, 957,456 unit.

Prestasi Kawasaki sepanjang 2020 hanya mampu menjual 24,666 unit berbanding 53,238 unit pada 2019, merosot hingga 53.7 peratus. Suzuki pula sekadar menjual 18,838 unit.

Namun berbeza jenama dari India, TVS Motor yang dapat menjual 812 unit motosikal, yakni kenaikan 140 peratus kerana sepanjang tahun lalu pengeluar itu cuma mampu mencatatkan 583 unit.

BACA >>> Suzuki Gixxer 250 Pintas Jualan Yamaha FZ25 di India!
BACA >>> Banyak Haiwan Suka Buat Pot dalam Yamaha NMAX

SUMBER: IwanBanaran

Related

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AISI, Asosiasi Industri Sepeda Motor Indonesia (AISI), autoterkini, Honda, jualan, Jualan Motosikal Indonesia 2020, motosikal, Persatuan Industri Motosikal Indonesia (AISI), roda2, TVS Motor, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev