• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Gixxer 250 Pintas Jualan Yamaha FZ25 di India!

Suzuki Gixxer 250 Pintas Jualan Yamaha FZ25 di India!

January 4, 2021 By AI Leave a Comment

417
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUALAN motosikal di setiap negara berbeza kerana selera peminat dua roda tidak sama. Misalnya pembeli Malaysia masih setia dengan kapcai, manakala Indonesia memilih skuter.

Di India, antara jenama motosikal yang mendapat perhatian ramai pembeli ialah Maruti Suzuki. Buktinya, Suzuki Gixxer 250 berjaya memintas jualan Yamaha FZ25 yang sebelum ini menjadi pilihan pembeli di negara Asia Selatan itu. Suzuki nampaknya tidak perlu menunggu lama untuk mengambil alin segmen sportbike 250cc paling popular di sana.

Yamaha FZ25
Suzuki Gixxer 250

Persaingan sesama model dengan enjin silinder tunggal  bukan sekadar terhad kepada sportbike 250cc. Malah, hampir semua segmen Suzuki terus berkembang.

Jualan Gixxer 250 pada Oktober dan November 2020 masing-masing mencatatkan 599 unit dan 427 unit. Namun jualan November Yamaha FZ25 hanya 283 unit. Menurut media permotoran India, aspek spesifikasi, harga dan pendekatan agresif Suzuki membuatkan jenama itu mampu menarik perhatian pengguna.

ModelOctober 2020November 2020
FZ25509 units283 units
Gixxer 250599 units427 units

Yamaha FZ25 hanya memiliki kuasa 18hp, manakala Gixxer 250 mencecah angka 26.1hp dan tork 22.6Nm. Harga yang tidak banyak berbeza membuatkan pelanggan memilih Gixxer 250.

 

Bagaimanapun, perbandingan 'apple to apple' agak kurang adil kerana produk Suzuki dipasangkan trenkuasa baharu walaupun menggunakan konfigurasi enjin sama, iaitu enjin 250cc SOHC, tetapi output kuasa berbeza.

Gixxer 250 juga menggunakan 4-injap berbanding FZ25 yang masih 2-injap. Selain itu, Maruti sebagai pemegang saham terbesar Suzuki India sedang mengatur strategi pemasaran, termasuk sumber daya manusia. Tambahan lagi, rakyat tempatan lebih mengetahui pembangunan produk sesuai selera pasaran.

BACA >>> India Lancar Suzuki Gixxer SF 250, Gixxer 250 Versi Patuh BS6
BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Tukar Apabila Sportbike Sudah Berusia 5 Tahun?

417
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Maruti Suzuki, roda2, sportbike 250cc, Suzuki, Suzuki Gixxer 250, Yamaha FZ 25

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
    Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my