• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Brio Cipta Sejarah, Jadi Model Paling Laris di Indonesia Sepanjang 2020

Honda Brio Cipta Sejarah, Jadi Model Paling Laris di Indonesia Sepanjang 2020

January 20, 2021 By Han Othman Leave a Comment

714
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HATCHBACK segmen-A, Honda Brio, iaitu model diletakkan di bawah Fit/Jazz, melakukan kejutan di pasaran Indonesia apabilan menjadi model paling laris sepanjang 2020 di negara jiran itu.

Sepanjang tahun lalu, Brio mencatatkan jualan 43,021 unit di seluruh Indonesia, termasuk mengetepikan angka jualan juara bertahan, Toyota Avanza. Prestasi memberangsangkan itu dikatakan banyak dibantu kempen agresif dilakukan wakil pengedar rasmi Honda di Indonesia, Honda Prospect Motor (HPM) sepanjang krisis pandemik Covid-19, terutama terhadap model itu sendiri.

BACA >>> 'Made In Malaysia' Disyaki Punca Jualan Daihatsu Sirion Merudum di Indonesia

Jumlah dicatatkan itu membabitkan gabungan jualan antara Brio Satya (LCGC) dan Brio RS (bukan LCGC). Brio Satya menjadi peneraju pasaran dalam segmen kereta bandar LCGC (kereta hijau kos rendah) dengan menguasai 27.2 peratus pasaran, manakala Brio RS sebanyak 74.7 peratus.

Menariknya, ini ialah kali pertama Brio meraih kedudukan paling atas dalam ranking model terlaris di Indonesia sejak diperkenalkan pada 2012. Juga pencapaian terbaik pertama diraih HPM. Sebagai rekod, Brio mencatatkan jualan 376,304 unit sepanjang lapan tahun sejak dilancarkan.

Pengarah Jualan dan Pemasaran serta Inovasi Perniagaan HPM, Yusak Billy berkata, pencapaian Brio dipengaruhi perubahan cara pembelian era pandemik yang mana urusan jualan banyak dilakukan secara atas talian, termasuk perubahan trend pengguna pengangkutan awam yang memilih untuk memiliki kereta peribadi mampu milik. Dua faktor tersebut mewujudkan pasaran baru untuk pembeli muda dan famili muda.

Jualan laris Brio juga dibantu inisiatif komunikasi menerusi platform digital yang dilakukan rangkaian pengedar HPM seluruh Indonesia, termasuk menyediakan skim jualan untuk memudahkan pembelian kereta pertama.

Nampaknya trend sama juga berlaku di Malaysia. Sebagai contoh, Perodua pada Disember 2020 mencatakan jualan sehari paling laris dalam sejarah penubuhan pengeluar nasional itu, iaitu lebih 5,000 unit dalam tempoh 24 jam!

BACA >>> Perodua Cipta Rekod Jualan 5,027 Unit Sehari!

HONDA BRIO SATYA
honda-brio-satya-indonesia-10
honda-brio-satya-indonesia-1
honda-brio-satya-indonesia-2
honda-brio-satya-indonesia-3
honda-brio-satya-indonesia-4
honda-brio-satya-indonesia-5
honda-brio-satya-indonesia-6
honda-brio-satya-indonesia-7
honda-brio-satya-indonesia-8
HONDA BRIO RS
honda-brio-rs-indonesia-1
honda-brio-rs-indonesia-9
honda-brio-rs-indonesia-2
honda-brio-rs-indonesia-3
honda-brio-rs-indonesia-4
honda-brio-rs-indonesia-5
honda-brio-rs-indonesia-6
honda-brio-rs-indonesia-7
honda-brio-rs-indonesia-8

Related

714
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: hatchback, Hatchbask Segmen-B, Honda Brio, Honda Prospect Motor (HPM), HPM, Kereta Paling Laris Indonesia 2020, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev