• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda GB350 (2021) Lancar di Jepun, Model CBU dari India

Honda GB350 (2021) Lancar di Jepun, Model CBU dari India

January 19, 2021 By Aryon 2 Comments

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI bukan motosikal lama, tetapi model baharu dalam gaya vintaj yang dikeluarkan Honda Japan untuk pasaran Negara Matahari Terbit itu, dinamakan GB350 (2021).

Motosikal gaya retro itu ialah model import (CBU) dibawa masuk dari India dengan nama H'Ness CB350 yang sudah dilancarkan pada Oktober tahun lalu.

Berikut beberapa fakta dan perincian mengenai GB350 (2021) versi Jepun:

  • Di India, H'Ness CB350 adalah antara model premium paling laris dan mampu milik yang dijual pada harga bermula 186,500 rupee (RM10,310) untuk varian standard, DLX dan premium, DLX Pro, 192,500 rupee (RM10,640).
  • Walaupun bergaya retro, tetapi dilengkapkan ciri moden seperti lampu LED penuh, dan kluster instrumen semi-digital dengan konektiviti Bluetooth serta fungsi navigasi GPS untuk akses panggilan masuk dan notifikasi mesej.
  • Aspek mekanikal dijana enjin 348cc penyejukan udara berkuasa 21hp @ 5,500rpm dan tork 30Nm @ 3,000rpm dengan transmisi klac manual 5-kelajuan.
  • Ciri keselamatan dimiliki ialah sistem kawalan tork boleh pilih HSTC dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Di India juga, pesaing terdekat model ini dalam segmen 350cc ialah Royal Enfield.
  • GB350 (2021) dibina berasaskan frem dupleks separuh terpisah, manakala sistem suspensi  jenis fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang.
  • Tetapan brek menggunakan cakera 310mm di depan dan 240mm di belakang, serta dipadankan ABS dwi-saluran yang standard untuk kedua-dua varian.

BACA >>> Honda H'Ness CB 350 Rancakkan Perang Sportbike Moden Klasik di India
BACA >>> Benelli Imperiale 400 Retro Edition (2021) Lancar di Thailand, 100 Unit Sahaja, Harga RM18k

honda-gb350-japan-3
honda-gb350-japan-1
honda-gb350-japan-6
honda-gb350-japan-2
honda-gb350-japan-5
honda-gb350-japan-4
honda-gb350-japan-7
honda-gb350-japan-8
honda-gb350-japan-9

 

Artikel Berkaitan

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda GB350 (2021), Honda H'Ness CB350, Honda Japan, roda2, sportbike retro

Comments

  1. Adam Zikry says

    January 22, 2021 at 9:19 PM

    Kenapa Honda tak bawa model2 macam ni ke Malaysia? Terpaksa beli motor dari Benelli, GPX dan lain-lain brand padahal Honda banyak peminat. Sayangnya.

    Reply
  2. Jan says

    January 25, 2021 at 11:35 AM

    betul bang, kat india model ni murah je, 12k je rasanya, berbaloi la dapat honda model classic 300cc dgn harga tu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
    #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci
    5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my