• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PERMAI: Bantuan RM500 untuk Pemandu Teksi, Bas Boleh Mohon daripada APAD

PERMAI: Bantuan RM500 untuk Pemandu Teksi, Bas Boleh Mohon daripada APAD

January 19, 2021 By Han Othman Leave a Comment

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BANTUAN kewangan sekali beri (one-off) RM500 yang dikhaskan kepada pemandu bas dan teksi dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) boleh dimohon menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Perincian mengenai saluran bantuan itu akan dimaklumkan APAD dalam masa terdekat. Berdasarkan rekod terdahulu, terdapat kira-kira 600 pemohon layak, tetapi masih belum berdaftar dengan APAD yang menyukarkan proses penyaluran bantuan dibuat.

BACA >>> PKP 2.0: Bantuan Tunai RM500 Kepada Pemandu e-Hailing, Teksi, Kereta Sewa dan Bas

Bantuan RM500 kepada pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing adalah antara inisiatif PERMAI bernilai RM15 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha menangani krisis penularan wabak Covid-19.

Bantuan tunai itu dijangka memanfaatkan 14,000 pemandu pelancong dan 118,000 pemandu lain yang terlibat dalam sektor pengangkutan dengan peruntukan tambahan RM66 juta.


Terbaharu, Kerajaan turut memberi pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama lima tahun, berbanding tujuh tahun sebelum ini.

Syarikat jaminan pinjaman perniagaan akan memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi dengan jaminan 50 peratus ke atas pinjaman bagi bas terpilih seperti bas persiaran dan teksi daripada syarikat sewa beli dan pajakan.

Ini bagi membolehkan pengusaha bas dan teksi menstruktur semula pinjaman mereka serta menikmati moratorium selama 12 bulan dan pembayaran balik bulanan lebih rendah.

BACA >>> Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]

SUMBER: Bernama

Related

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), APAD, Auto Terkini, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), PERMAI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my