• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Honda CB600F dengan Gaya Cafe Racer Ringkas, Penuh Stail

#BikinMotor: Honda CB600F dengan Gaya Cafe Racer Ringkas, Penuh Stail

January 16, 2021 By Aryon Leave a Comment

517
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA CB600F yang diubah suai menjadi cafe racer ini mendapat sentuhan Leonid Skakunov dari bengkel Drive-In Workshop di negara jiran Indonesia. Menariknya, walaupun berubah ekstrem, tetapi gaya penampilan naked bike itu cukup ringkas.

Proses modifikasi dimulakan dengan membuatkan braket nombor plat belakang bersama madgad yang sah ditunggang atas jalan raya biasa. Bahagian subfrem dirombak, manakala ekor dibikin semula dengan rekabentuk lebih bersegi.

Berasaskan subfrem baharu itu, kelihatan pelana kustom jenis tunggal dengan gaya elegan, dan penutup sisi kustom sebagai pelengkap penampilan. Rekaan tangki minyak masih mengekalkan bentuk asal, dan dipadukan fairing kustom dengan lampu utama LED di depan.

Gaya cafe racer jadian ini disempurnakan dengan penutup getah pada fork dan radiator, termasuk penutup radiator dan madgad depan untuk menyempurnakan rupa depan.

Bahagian roda juga tiada perubahan, masih menggunakan komponen asal CB600F. Aspek mekanikal juga masih standard, sebaliknya sistem ekzos digantikan mufler LeoVince.

 

CB600F ini diberikan warna Candy Apple Green (hijau) menerusi sentuhan Octopus Art Aerografia untuk gaya lebih menawan. Hasilnya ialah sebuah cafe racer yang cukup bergaya.

BACA >>> Project Zero - Cafe Racer Elektrik Buatan Nepal, Boleh Tunggang 230km Sekali Cas
BACA >>> #BikinMotor: Ducati 600SL Pantah, Jentera Lumba 80-an Tukar Jadi Cafe Racer

Related

517
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikiin Motor, Cafe racer, Drive-In Workshop, Honda, Honda CB600F, Indonesia, Leonid Skakunov, Modifikasi, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev