• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penganjur Ayam Beku Percuma Kena Kompaun

Penganjur Ayam Beku Percuma Kena Kompaun

January 16, 2021 By Han Othman 1 Comment

680
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS mengeluarkan kompaun ke atas penganjur program agihan ayam beku percuma secara pandu lalu di Presint 9, Putrajaya kerana menganjurkan program berkenaan tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Mohd Fadzil Ali berkata, kompaun dikeluarkan kepada pihak penganjur di bawah Seksyen 22(B) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu kesalahan di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2020.

Menurutnya, polis menerima maklumat awal mengenai program yang diadakan semalam dan mengeluarkan surat memaklumkan pihak penganjur bahawa program itu tidak mendapat kelulusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya kerana Putrajaya berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Program pengedaran ayam beku percuma anjuran Pemuda UMNO Putrajaya itu dibuat secara pandu lalu dengan konsep ‘siapa cepat dia dapat’ hingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas teruk. Bagaimanapun, pemeriksaan polis mendapati penjarakan fizikal sukar dilaksanakan, manakala Prosedur Operasi Standard (SOP) gagal dipatuhi penganjur dan orang awam yang hadir.

Bagaimanapun, berapa kompaun dikenakan tidak pula dinyatakan. Jika mengikut caj biasa, Pemuda UMNO Putrajaya cuma perlu bayar RM1,000 sahaja. Hmmm...

 

BACA >>> Keranamu Ayam Percuma... 2,000 Penduduk Putrajaya Gigih Serbu Pusah Agihan
BACA >>> Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]

SUMBER: Bernama

Related

680
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ACP Mohd Fadzil Ali, Agih Ayam Beku Percuma di Presint 9, Auto Terkini, Ayam Beku Percuma, Pemuda UMNO Putrajaya

Comments

  1. Alson P says

    January 19, 2021 at 8:28 PM

    Hmmm... Banyak cabaran musim² covid ni.. teruskan membantu org ramai... Jgn lupa SOP perlu diperketatkan... Kudos

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev