• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Tentang Volvo yang Berikan Hak Paten Ciptaan Tali Keledar 3-Poin untuk Semua

#TahukahAnda: Tentang Volvo yang Berikan Hak Paten Ciptaan Tali Keledar 3-Poin untuk Semua

January 15, 2021 By Azhan O Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMENTARA belum reda kekecohan pasal daging 'Harimau Menangis' yang mahu dipatenkan ibu seorang selebriti terkenal tanah air, eloklah kita imbas semula tentang kisah unik penuh teladan ini.

Tentang Volvo yang tidak mahu mempatenkan tali keledar.

george-cayley-seat-belt-1
Sir George Cayley, British engineer

Tentu ramai ingat Volvo ialah pengeluar pertama mencipta tali keledar kenderaan? Jawapannya, kurang tepat. Tali keledar pertama dalam sejarah automotif direka jurutera Inggeris, George Cayley seawal abad ke-18. Namun, ciptaan itu dihasilkan untuk kerusi juruterbang dan itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana beliau sendiri jurutera aeronautik.

Siapa pula selepas Cayley?

Inilah tali keledar dipatenkan Edward J Claghorn.

Pada 1885, muncul pula Edward J Claghorn dari Amerika Syarikat (AS) sebagai individu pertama mempatenkan tali keledar untuk keselamatan pelancong yang melawat New York ketika dalam kenderaan. Namun, tali keledar masih bukan satu keperluan.

Lagi?

Sehinggalah lewat 1920-an dan awal 1930-an apabila kemalangan melibatkan kereta di AS mula meningkat kepada kira-kira 30,000 nahas. Ini menyebabkan kumpulan profesional perubatan mendesak sesuatu dilakukan untuk menangani isu berkenaan.

 

Jadi, pada pertengahan 1930-an, satu ujian tali riba (lap belt) dilakukan untuk menguji tahap keberkesanan ciri keselamatan itu. Hasilnya, kajian menunjukkan pemakaian tali pinggang memang penting untuk keselamatan pemandu ketika berlaku kemalangan jalan raya.

Mana cerita pasal Volvo?

Kenapa Volvo sering dikatikan dengan ciptaan tali keledar sedangkan pengeluar itu bukan pencipta pertama alat keselamatan itu? Begini...

Tahukah anda, tali keledar yang kita kenal hari ini kali pertama dilihat pada 1958, dan direka jurutera Sweden, Nils Bohlin (foto atas). Beliau pula dilantik Volvo untuk merekacipta tali keledar khas untuk kereta jenama itu. Hasilnya, lahirlah tali keledar 3-poin yang dihasilkan tidak sampai setahun, sama seperti tali keledar yang ada pada kereta moden hari ini.

volvo-tali-keledar-3-poin-1
volvo-tali-keledar-3-poin-2
volvo-pv544-1959-seat-belt

Tali keledar 3-poin kali pertama diperkenalkan Volvo pada 1959. Maknanya sudah 62 tahun ciptaan itu kekal relevan dalam keselamatan automotif dunia. Sebelum itu, tali keledar cuma digunakan kereta lumba dalam bentuk 2-poin (dibelit pada abdomen) sahaja, tetapi masih tidak dapat memberikan perlindungan sepenuhnya kepada pemandu, terutama bahagian atas badan.

Bohlins memfailkan paten untuk ciptaannya itu di AS pada 17 Ogos 1959, iaitu tahun sama dipasangkan pada produk kereta Volvo. Hak cipta untuk paten itu hanya diluluskan Pejabat Paten  Amerika Syarikat (USPA) pada 10 Julai 1962, iaitu kira-kira empat tahun kemudian.

Rekcipta itu dipatenkan sebagai praktis normal dalam industri untuk melindungi isu plagiat dan ciplak. Paten juga bertujuan menghalang pesaing mengambil kesempatan ke atas produk kita dengan hak monopoli hingga 20 tahun. Volvo memang ada hak untuk tidak membenarkan pengeluar lain menggunakan ciptaan serupa tali keledar 3-poin yang dihasilkan.

TALI KELEDAR UNTUK SEMUA

Menariknya, Volvo memutuskan untuk membenarkan sesiapa saja menggunakan paten Bohlin tanpa mengambil sebarang royalti atau bayaran, sekali gus memberikan peluang kepada pengeluar lain menjadikan tali keledar 3-poin sebagai ciri keselamatan standard pada produk kenderaan masing-masing. Penggunaqan tali keledar itu berjaya mengurangkan risiko maut dan kecederaan akibat perlanggaran hingga 50 peratus.

Bayangkan kalau Volvo mengenakan bayaran bagi ciptaan tali keledar 3-poin itu, tentu berjuta-juta dolar dapat diraih pengeluar Skandinavia tersebut, termasuk Bohlin. Tentu rizab kewangan Volvo lebih mantap dan tidak perlu bergelut dengan krisis kewangan hingga terpaksa bernaung di bawah konglomerat dari China, Geely. Bohlin pula mungkin tersenarai sebagai individu terkaya dunia.

Menariknya, anak tiri Bohlin mendakwa keluarganya sehingga kini masih menerima surat terima kasih atas ciptaan, atau jasa beliau kerana menyelamatkan nyawa insan tersayang.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Tali Keledar yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Selenggara Tali Keledar Kereta Anda?

SUMBER: History.com | Forbes.com

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Edward J Claghorn, George Cayley, Harimau Menangis, Nils Bohlin, Retro Auto, tahukah anda, Tali Keledar, Volvo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev