• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KPN: "Premis Hiburan Bayar Kompaun RM1,000 Muka Senyum Saja"

KPN: "Premis Hiburan Bayar Kompaun RM1,000 Muka Senyum Saja"

January 13, 2021 By Han Othman Leave a Comment

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan menaikkan nilai kompaun RM1,000 terhadap pihak yang berulang kali melanggar prosedur standar operasi (SOP) seperti premis hiburan. Bagaimanapun,  ia bergantung kepada keputusan Kerajaan dalam mengetatkan SOP.

Kenyataan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam sidang media khas, di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata;

Contohnya, ada (pemilik) premis hiburan yang membayar kompaun RM1,000 dengan muka senyum saja sedangkan keuntungan yang dia kaut begitu banyak sekali hingga puluhan ribu ringgit, jadi apalah sangat RM1,000.

"Maka apabila denda kompaun ini dinaikkan, berkemungkinan ia akan jadi penghalang kepada mereka untuk berbuat demikian."

TERKANDAS DI KAMPUNG BOLEH RENTAS NEGERI

Orang ramai yang terkandas di kampung halaman atau bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa tengah malam tadi dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing dalam minggu ini.

Menurut Abdul Hamid, arahan sudah dikeluarkan di peringkat bawahan (anggota polis) supaya menggunakan budi bicara untuk membenarkan orang ramai yang terperangkap di luar kawasan supaya dapat pulang ke rumah masing-masing. Jadi kenderaan awam dibenarkan melakukan rentas negeri mungkin hingga Jumaat ini (15 Januari).

BACA >>> PKP 2.0: Kenderaan Komersial Tidak Perlu Surat Kebenaran MOT, Cukup Pengesahan Majikan
BACA >>> Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]

SUMBER: Bernama

Related

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kompaun Langgar PKP, PDRM, PKP 2.0, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rentas Negeri, SOP PKP, Tan Sri Abdul Hamid Bador

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev