• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Putera Mahkota Mahu Bina Bandar Raya Bebas Kereta, Jalan Raya di Arab Saudi

Putera Mahkota Mahu Bina Bandar Raya Bebas Kereta, Jalan Raya di Arab Saudi

January 14, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PUTERA Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud mendedahkan hasrat membangunkan Bandar Raya Neom yang bebas kenderaan dan tanpa jalan raya.

Dalam pengumuman dibuat menerusi siaran televisyen Ahad lalu, pembangunan dinama  ‘The Line’ itu dijadualkan bermula pada suku pertama tahun ini dan bakal menghubungkan komuniti masa depan di situ tanpa memerlukan kehadiran kereta dan jalan raya, serta dikelilingi alam semula jadi.

Putera Mohammed berkata;

Tulang belakang pelaburan The Line diperoleh menerusi sokongan AS$500 bilion (RM2.02 trilion) kepada Neom daripada Kerajaan Saudi, PIF (Dana Pelaburan Awam Arab Saudi) dan pelabur tempatan, termasuk global selama 10 tahun."

Bloomberg melaporkan bandar tersebut akan memiliki 1 juta penduduk dan mewujudkan 380,000 pekerjaan menjelang 2030. Pembangunan itu juga mensasarkan untuk bebas daripada emisi karbon, dan menjadi sebahagian rancangan Putera Mohammed untuk mempelbagaikan sumber ekonomi negara itu supaya tidak terlalu bergantung kepada minyak.

Banyak lagi perincian mengenai pembangunan itu masih belum dapat disahkan. Bagaimanapun, Putera Mohammed  menjelaskan perjalanan dalam  The Line akan mengambil masa kurang 20 minit dan dibina sekitar transit berkelajuan ultra tinggi serta memiliki lapangan terbang antara terbesar dunia.

Arab Saudi kali pertama mengumumkan hasrat mewujudkan Bandar Raya Neom pada 2017 yang melibatkan keluasan 10,000 batu persegi di barat laut negara itu dan dijangka menjadi hab teknologi dan perniagaan.

BACA >>> Langkah Kurangkan Pencemaran, Itali Larang Vespa Lama Masuk Bandar
BACA >>> Toyota Sedia Geran RM6.2j untuk Bangunkan Mobiliti Bandar Pintar di KL

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Arab Saudi, Auto Terkini, Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud, Putera Mohammed, Putera Mohammed Salman, The Line

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my