YAYASAN Mobiliti Toyota (TMF) bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melancarkan program 'Senibina Bandar untuk Cabaran Hari Esok (CATCH)', iaitu pertandingan pertama seumpamanya di Asean untuk meningkatkan kecekapan dalam perancangan bandar dan memacu ke arah masa depan mobiliti pintar.
Kerjasama ini membolehkan Kuala Lumpur menjadi perintis dalam menjadi penanda aras bagi pembangunan bandar generasi baharu dan pengurusan mobiliti bandar di rantau ini.
Objektif CATCH adalah mencari jalan mengatasi cabaran mobiliti Kuala Lumpur menerusi penglibatan penyelesaian peringkat global dalam tempoh lapan bulan.
BACA >>> Toyota Hasilkan Semula Alat Ganti Supra Lama
Peserta, yang terdiri daripada syarikat start-up, ahli akademik dan institusi kaji selidik hingga badan koporat termasuk khalayak umum, berpeluang menyumbang kepada konsep dan cadangan penyelesaian dinamik dan pintar, berasaskan data untuk merencana infrastruktur bandar masa depan.
Bagi mencapai tujuan itu, TMF menyediakan geran setiap peringkat pertandingan bernilai hingga AS$1.5 juta (RM6.2 juta) untuk menyokong pasukan ke arah pembangunan dan ujian penyelesaian yang diusahakan di Kuala Lumpur. Peserta juga mendapat khidmat mentor, nasihat pakar dan program inkubasi.
BACA >>> Toyota Mahu Bina Bandar Masa Depan di Kaki Gunung Fuji Tahun Depan
Leave a Reply