ELON MUSK menjadi manusia terkaya di planet Bumi dengan pendapatan peribadi dinilai mencecah AS$185 bilion (RM748 bilion) yang juga kali pertama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla itu berada di ranking teratas dunia.
Kekayaan Musk itu memintas pengasas Amazon, Jeff Bezos sebagai individu terkaya sejak 2017.
Musk ketika mengetahui berita itu selepas dikicau kelab peminat Tesla di Tweeter hanya menjawab;
Peliknya,
Baiklah, jom masuk kerja"
Musk memiliki kira-kira 20 peratus pegangan dalam Tesla dan meraih keuntungan daripada syarikat teknologi itu berdasarkan prestasi semasa di pasaran saham.
Harga saham Tesla mencecah AS$700 bilion (2.8 trilion) pada Rabu lalu, menjadikan ia lebih bernilai daripada Toyota, Volkswagen, Hyundai, GM dan Ford jika digabungkan bersama. Pada permulaan 2020 lalu, harga saham Tesla berada pada AS$115 bilion (RM464 bilion).
Peningkatan itu diperoleh daripada beberapa berita mengenai kereta elektrik yang mana Tesla baru-baru ini mengumumkan sudah menghasilkan lebih 500,000 unit kereta pada 2020 walaupun berdepan pandemik global. Keseluruhan penghantaran sepanjang 2020 ialah 499,550 unit, cuma kurang 450 unit daripada sasaran yang diumumkan awal tahun lalu.
Angka dicapai itu menunjukkan kenaikan memberangsangkan berbanding tahun sebelum itu, iaitu kira-kira 367,500 penghantaran pada 2019, yang juga meningkat 50 peratus berbanding 2018.
Di Britain misalnya, data Persatuan Pengilang dan Pedagang Motor (SMMT) mendedahkan jualan kereta elektrik di negara itu meningkat 180 peratus tahun ke tahun kepada 108,205 unit. Tesla Model 3 pula menjadi model paling laris di pada Disember lalu dengan jualan hampir 6,000 unit.
BACA >>> Tesla Model X Dapat Rating 5 Bintang Euro NCAP, Antara Model 2019 Paling Selamat
BACA >>> Xpeng G3 - Kereta Elektrik Cantik dari China yang Sudah Masuk Pasaran Norway
SUMBER: AutoCar.co.uk
Leave a Reply