JIKA anda wanita sedang mencari kereta mampu milik yang didatangkan ciri keselamatan canggih, kos servis murah dan pelbagai ciri lain, Perodua Axia ialah calon terbaik!
Maklumlah, semua sedia maklum kos sara hidup zaman sekarang serba tinggi dan ramai wanita harus berjimat-cermat, terutama belanja pengangkutan. Kereta yang hendak dibeli bukan saja perlu rendah bayaran bulanan, tetapi juga mesti praktikal, selesa dan selamat. Paling penting, haruslah ada cita rasa!
Di bawah ini kami senaraikan lima sebab kenapa Axia ialah model kereta terbaik yang boleh dibeli pemandu wanita Malaysia:
1. CANTIK DIPANDANG, MUDAH DIPANDU
Pemandu wanita, terutama mereka yang tinggal di kawasan bandar sesak dan padat, Axia memang mudah dipandu kerana bersaiz kompak. Saiz kecil bukan saja memudahkan kereta ini dipandu di jalan dan lorong sesak, tetapi juga senang diparkir. Senang cerita kereta ini memberi lebih keyakinan kepada pemandu.
Axia juga memiliki rupa paras menarik. Kereta ini memang comel dan sentiasa cantik dipandang. Sesuai dengan ciri keperempuan gitu...
2. HARGA MAMPU MILIK, JIMAT BELANJA
Jika hendak berjimat, inilah kereta pilihan terbaik yang ada di pasaran. Tahu tak, Perodua turut menawarkan beberapa pakej pembiayaan istimewa untuk graduan atau pembeli kereta pertama seperti Gogo Graduates dan My First Car.
Berikut senarai varian dan harga Axia;
- 1.0 E (MT) - RM23,367
- 1.0 G (AT) - RM32,485
- Gxtra (AT) - RM33,940
- 1.0 Style (AT) - RM37,515
- 1.0 SE (AT) - RM37,515
- 1.0 AV (AT) - RM41,427, dengan Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0
3. JIMAT MINYAK, PANDU LEBIH JAUH
Ini juga antara perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membeli kereta. Axia dijana enjin 12-injap 1.0L DOHC dengan teknologi pemasaan injap variabel VTT-i dan suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 67hp @ 6,000rpm dan tork 91Nm @ 4,400rpm. Axia turut mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV) kerana menawarkan kecekapan bahan api ekonomi.
Kalau nak tahu, penggunaan bahan api ialah 21.6km per liter untuk varian AV dan SE, manakala 20.8 km per liter untuk varian Style yang ketiga-tiganya menggunakan transmisi automatik. Jika memilih transmisi manual, Axia mampu dipandu 22.5km per liter. Betul-betul jauh boleh pergi!
4. ADA MACAM-MACAM CIRI MENARIK, PRAKTIKAL
Selain bersaiz kecil, Axia juga menyediakan pelbagai ciri menarik yang memberikan nilai tambah kepada pemandu wanita seperti cangkuk anti-ragut, kunci pintar dan butang tekan mula (push-start), kerusi belakang boleh direbahkan, kamera undur, unit infotainment dengan sistem multimedia Smartlink dengan navigasi dan banyak lagi.
5. ADA SISTEM KESELAMATAN CANGGIH, ADA A.S.A 2.0!
Tidak dapat dinafikan, selain faktor harga, sistem keselamatan juga penting buat pemandu wanita. Walaupun dijual pada harga mampu milik, Axia turut dilengkapkan ciri keselamatan seperti Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TRC) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD).
Varian tertinggi, Axia AV dipakejkan bersama sistem Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0, terdiri daripada:
- Pengesan Pejalan Kaki - kelajuan hingga 50kmj
- Amaran Pra Pelanggaran (PCW) - kelajuan hingga 100kmj
- Brek Pra Pelanggaran (PCB) - kelajuan hingga 80kmj
- Amaran Tukar Lorong (LDW)
- Kawalan Salah Pedal
Ingin tahu lebih lanjut apa yang menarik tentang Perodua Axia? Jom layan celoteh Dee dalam video di atas. 😉
BACA >>> Filipina Lancar Toyota Wigo (Perodua Axia) Versi Facelift, Ada Varian TRD S!
BACA >>> #PanduUji: Perodua Axia (2019) Style atau Advance, Mana Satu Nak Beli?
Perodua Axia says
yes.. saya setuju pendapat tuan/puan