• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Magnite (2021) Dapat 4-Bintang dalam Ujian Perlanggaran Asean NCAP

Nissan Magnite (2021) Dapat 4-Bintang dalam Ujian Perlanggaran Asean NCAP

January 8, 2021 By Han Othman Leave a Comment

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Magnite mendapat rating 4-bintang dalam ujian perlanggaran dilakukan Asean NCAP.

Menurut AutoCarIndia, keputusan diperoleh kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu dianggap cukup baik. Namun, pihak Asean NCAP belum mendedahkan perincian ujian yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Nissan Kick juga sudah diuji dengan meraih skor 86.93 mata, atau rating 5-bintang. Justeru, rating 4-bintang dimiliki Magnite pasti sudah cukup dijadikan modal mempromosikan ciri keselamatan optimum yang ditawarkan SUV berkenaan.

Platform CMF-A dibangunkan untuk kereta kecil.

Magnite dibina atas platform CMF-A+ yang juga menjadi asas pembangunan Renault Triber dan Renault Kiger, juga bakal menjengah pasaran negara jiran itu tidak lama lagi.

Platform itu pula dibangunkan daripada arkitektur Renault-Nissan CMF-A (Common Modular Family - segmen A), yang juga digunakan model Kwid dan Datsun Redigo di India.

Nissan Magnite.13
Nissan Magnite.17

Mengenai Asean NCAP, Magnite ialah model pengeluaran India pertama dengan platform itu yang menjalani ujian perlanggaran  daripada badan berkenaan itu.

Terdahulu, Kwid dan Redigo gagal mendapatkan keputusan membanggakan dalam ujian perlanggaran. Jadi apa diperoleh Magnite nyata melegakan Nissan dan bakal pembeli jenama itu.

Magnite didatangkan dengan ciri keselamatan moden seperti Sistem Brek Anti-Kunci(ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek Hidraulik (HBA). SUV ini turut dibekalkan Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Bantuan Mula Daki (HSA), selain ciri standard seperti beg udara SRS dengan tali keledai pra-penegang dan pengehad beban.

Di Indonesia, SUV kompak ini dijual pada harga bermula Rp208 juta (RM59,990) dengan waranti 3 tahun ataun 100,000km (mana  satu tiba dahulu).

BACA >>> Nissan Magnite (2021) Diperkenal di Indonesia, Harga Serendah RM60k!
BACA >>> #Spyshot: Kembar Perodua D55L dikesan di Indonesia?

Related

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: ASEAN NCAP, Boris Johnson Masuk ICU, Nissan, Nissan Indonesia, Nissan Magnite, Roda4, SUV, SUV Segmen-A, Ujian Perlanggaran Asean NCAP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev