REAKSI teruja Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam rakaman video yang dimuat naik dalam Instagram baginda nyata mencuit hati netizen.
Video dari dalam kabin itu dirakamkan sendiri Raja Permaisuri Agong yang memaparkan suaminya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memandu trak pikap Toyota Hilux meredah banjir di satu lokasi menuju ke Lanchang, Pahang.
Juga dapat dilihat kedalaman banjir yang agak tinggi hingga sampai kepada satu tempat air sudah menenggelamkan pengadang jalan dan mencecah hampir separas pintu trak pikap dipandu baginda Yang di-Pertuan Agong.
BACA >>> 6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Toyota Hilux (2020) yang Lagi Power, Lebih Kacak
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?
Sampai di satu kawasan banjir agak dalam, Hilux dinaiki Tunku Azizah dan suami masih kekal stabil hingga membuatkan baginda teruja dan memuji trak pikap tersebut.
Ya yaa... Semua orang beli Hilux lepas ni. Hilux Hilux is the way!"
View this post on Instagram
Leave a Reply