SELEPAS Eropah dan Jepun, Honda PCX 160 (2021) bakal menjengah pasaran Thailand selepas pihak media negara jiran itu dijemput menghadiri sesi tunggang uji menjelang pelancaran rasmi skuter maksi tersebut.
Bagaimanapun, keseluruhan luaran PCX 160 (2021) dibalut seragam kamoflaj sebagai strategi Honda Asia merahsiakan rupa skuter maksi tersebut.
PCX 160 (2021) spesifikasi Thailand ini nampak sama seperti versi Jepun, terutama pada komponen brek yang berbeza daripada model Eropah dengan brek belakang jenis dwi-cakera.
BACA >>> Honda PCX 160 (2021) Lancar untuk Pasaran Jepun, Kini Berkuasa 16hp, Harga RM15.8k
Panel kunci pintar, stereng dan kluster instrumen juga sama. Cuma rupa badan sebenar tidak dapat dilihat dan kekal misteri kerana ditutup seragam kamoflaj.
Trenkuasa PCX 160 (2021) dijana enjin 4-injap 4-lejang 156cc (sebelum ini 2-injap 149cc) penyejukan cecair dengan teknologi eSP+ yang menghasilkan angka kuasa tinggi menerusi nisbah mampatan 12:1.
Kuasa 16hp dicapai pada rev 8,500rpm, manakala tork 15Nm @ 6,500rpm. Ini jelas lebih berkuasa daripada model terdahulu (14.4hp, 113.2Nm). Rekabentuk baharu ini juga menampilkan ciri lampu LED penuh, dan sistem henti menggunakan brek dwi-cakera dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada roda depan, sama seperti PCX 150 sedia ada.
Skuter ini turut dilengkapkan ciri kawalan tork (HSTC) untuk tunggangan lebih meyakinkan atas permukaan jalan licin dan basah.
Ruang simpanan bawah pelana juga luas, manakala frem lebih ringan dan kuat. Rim bersaiz 14 inci di depan dan belakang 13 inci. Harga jualan untuk pasaran Jepun ialah 407,000 yen (RM15,895).
SPESIFIKASI
HONDA PCX 160
Enjin: 4-lejang 4-injap silinder tunggal 156cc penyejukan cecair dengan teknologi eSP+ dan PGM-FI
Kuasa & Tork: 16hp @ 8,500rpm; 15Nm @ 6,500rpm
Tinggi Pelana: 764mm
Berat: 132kg
Suspensi: Fork teleskopik (depan); Dwi-absorber (belakang)
Roda: 110/17-14 (depan); 130/70-13 (belakang)
Brek: Dwi-cakera dengan ABS (depan); cakera tunggal
BAC>>> Semua Kereta Volvo Cuma Boleh Pecut Maksimum 180kmj Sahaja!
Leave a Reply