• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia K5 dan Sorento Menang Anugerah Good Design

Kia K5 dan Sorento Menang Anugerah Good Design

January 4, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

400
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DIASASKAN pada 1944, Kia hari ini menjual sekitar tiga juta unit kenderaan setahun di lebih 190 negara dengan menggajikan 52,000 pekerja serata dunia.

Pendapatan Kia setahun pula mencecah lebih 58 trilion won (RM215.3 bilion) dan mempunyai kemudahan pengeluaran di enam negara. Angka tersebut memang gah dan apa yang penting ialah pengguna boleh menyaksikan sendiri kehebatan dan nilai pada kenderaan buatannya.

Seperkara menarik, Kia berjaya menonjolkan slogan 'The Power to Surprise' menerusi model generasi baharu seperti sedan Stinger, K5 (Optima), SUV Sorento dan MPV Carnival.

Kia Sorento (2021)
Kia K5 (2021)

Apa lagi mengejutkan? Dua model baharu, iaitu K5 dan Sorento (2021) meraih Anugerah Good Design bagi kategori Pengangkutan. Fakta menarik, kejayaan itu mengulangi generasi terdahulu, Sorento dan Kia yang sama-sama memenangi Anugerah Good Design pada 2015.

Beberapa model Kia lain seperti Telluride dan Soul juga pernah memperoleh pengiktirafan dari organisasi itu sebelum ini.

Anugerah Good Design sudah berlangsung selama 70 tahun, dianjurkan The Chicago Athenaeum Museum of Architecture and Design dengan kerjasama European Centre for Architecture, Art, Design and Urban Studies dan Metropolitan Arts Press Ltd.

Selain Kia yang turut memenangi kategori Pengangkutan ialah Genesis, Ferrari, Hyundai, Lucid Motors, Nissan, Pininfarina dan Zapp Scooters.

Kemenangan generasi ketiga K5 dilihat sebagai keputusan tepat berdasarkan rekabentuk menawan ditampilkan. Rupa depan K5 meneruskan pengaruh gril ''hidung harimau' yang tampak garang dengan sepasang lampu LED. Ciri menarik lain sedan itu ialah bumbung landai ke belakang yang dalam istilah tepat dikenali sebagai sedan fastback.

Sorento pula menggunakan strategi berbeza. Jika K5 nampak elegan dan moden, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu pula tampil ranggi dan multiguna. Ini berbeza dengan pesaing lain seperti Mazda CX-8 dan CX-9 yang tampil sebagai SUV elegan dan anggun.

Gril depan Sorento menyerlahkan rekaan 'hidung harimau' lebar dengan kombinasi lampu utama yang membentuk satu pandangan menonjol.

Secara keseluruhan, walaupun rekabentuk luaran Sorento generasi keempat ini tampak konservatif, tetapi kehadiran SUV itu atas jalan nampak jelas dengan mengekalkan falsafah yang dibawa generasi pertama dan kedua.

Bagaimanapun, di pasaran Malaysia, kedua-dua generasi baharu, K5 dan Sorento belum lagi ada khabar berita dan ini mungkin disebabkan penukaran hak pengedaran. Sebaliknya untuk saudara dekat K5, iaitu Sonata baru saja dilancarkan pada Oktober 2020.

BACA >>> Kia Carnival (2020) dengan Penampilan Ala SUV dan Pilihan Enjin Diesel, Petrol\
BACA >>> Kia Sportage JBL Black Edition (2021) Tawar Pembesar Suara Premium Berkualiti

Related

400
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GOOD DESIGN Award, Kia, Kia K5, kia sorento, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev