• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Inilah 15 Ciri Menarik Dimiliki Yamaha Exciter 155 VVA (2021)

Inilah 15 Ciri Menarik Dimiliki Yamaha Exciter 155 VVA (2021)

December 30, 2020 By Admin PanduLaju 3 Comments

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Vietnam semalam baru saja melancarkan Yamaha Exciter 155 VVA (2021) dengan menampilkan rekabentuk dan teknologi serba baharu pada harga bermula 47 juta dong (RM7,010) hingga 50.5 juta dong (RM8,850).

Ciri A&S menjadi ciri paling unik Exciter baharu.

Ada ciri menarik diperkenalkan Yamaha pada Exciter 155 VVA (2021) yang tiada pada pesaing lain dalam segmen sama, iaitu sistem klac antigelincir Assist & Slipper (A&S). Namun, ada juga ciri wajib ada yang sepatutnya dimiliki model ini seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), tetapi tidak dibekalkan Yamaha.

Ada tiga varian ditawarkan Exciter 155 VVA (2021):

Standard
Yamaha Exciter 155 VVA GP
Premium

Namun, bagi fanatik jentera Yamaha, apa saja ditawarkan model jenama itu sudah tentu menggembirakan dan mengujakan mereka. Jom kita lihat ciri-ciri menarik yang ada pada Exciter 155 VVA (2021):

1. Lampu Dua Kluster

Lampu utama dibahagikan kepada dua kluster berasingan pada fairing kepala dan dada. Selain memberikan rekabentuk lebih kompak, posisi baharu itu juga meningkatkan aerodinamik, termasuk menambah baik aspek kejelasan kelibat jentera ini ketika mengambil selekoh. Ini kerana lampu pada fairing kepala akan mengikut arah sudut belokan.

Dua lampu itu disepadukan b ersama lampu posisi sisi untuk menyeimbangkan rekabentuk kapcai ini. Ini membantu kecerahan lampu tanpa meningkatkan saiz bar hendal, sekali gus mengekalkan rupa depan yang sporty dan kemas, termasuk mewujudkan signatur unik Exciter 155 VVA yang mudah dikenali ketika menunggang malam.

BACA >>> Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k

2. Sistem Penyejukan, Pelepasan Haba Ditambah Baik

Ada corong udara pada fairing sisi untuk menyingkirkan haba dari enjin. Sistem penyejukan dengan termostat jenis gelang mengurangkan masa menghidupkan enjin dan menyumbang kepada kecekapan membersihkan gas ekzos.

3. Sistem Ekzos Dipertingkat

Sistem ekzos ditala untuk menghasilkan output optimum dengan penukar bermangkin (catalytic converter) membantu menapis gas ekzos. Tambahan pad gentian kaca dalam silenser berfungsi mengurangkan tahap pencemaran bunyi.

4. Sistem Suspensi Dinaik Taraf

Fork depan lebih panjang, meningkat daripada 90mm kepada 100mm, dan ditala untuk memberikan redaman lebih baik. Absorber belakang jenis monoshock memberikan kestabilan dan keselamatan ketika mengambil selekoh.

5. Brek Depan 2-Piston

Brek cakera 2-piston di depan memberikan daya memberi cemerlang hingga 17 peratus berbanding piston tunggal. Komponen dan rekabentuk brek turut membantu meningkatkan aspek kecekapan membrek. (Hanya ditawarkan pada varian premium).

6. Kluster Instrumen LCD Multifungsi

Panel meter memaparkan maklumat mengenai odometer, spidometer, takometer, indikator (untuk posisi gear, suhu enjin, signal belok, dan lampu suluh tinggi), simbol VVA dan enjin, dan bar minyak.

7. Sistem Kunci Pintar

Sistem penghidup diaktifkan automatik apabila kunci berada dalam jarak tertentu. Juga disepadukan dengan butang 'jawab-balik' (answer-back) untuk mengesan lokasi parkir motosikal. (Hanya untuk varian premiu)

8. Soket Kuasa 12V

Soket kuasa 12V ini boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar dan peranti elektronik. Juga hanya disediakan untuk varian premium.

9. Rantai ditutup

Bahagian rantai ditutup untuk meningkatkan jangka hayat komponen, anti-lumpur dan meningkatkan ketahanan dan kelancaran untuk tunggangan lebih baik.

10. Pelana Gaya Sporty

Pelana direka seakan dua bahagian terpisah. Lekuk tinggi di belakang pelana penunggang memberikan pengalaman 'solo' ketika menunggang sendiri atau membawa pembonceng.

11. Tangki Minyak Besar 5.4 Liter

Selain enjin lebih cekap dan jimat, Exciter serba baharu ini juga mampu ditunggang 30 peratus lebih jauh berbanding model lama, iaitu 265km untuk isian petrol penuh.

12. Lampu Belakang Baharu

Lampu belakang mirip Yamaha YZF-R1.

13. Madgad Baharu

Fender belakang direka baharu, juga mirip YZF-R1.

14. Suis Mati Enjin

Suis mati enjin ini sudah diperkenalkan model lama dan dikekalkan pada Exciter serba baharu. Ciri ini memudahkan penunggang mematikan enjin tanpa menggunakan kunci.

15. Suis 'Override'

Ciri ini membantu pengguna jalan raya lain mengecam kelibat penunggang Exciter 155 VVA

Related

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kapcai, roda2, Supermoped, Yamaha, Yamaha Exciter 155 VVA (2021), Yamaha Motor Vietnam

Comments

  1. Tengku Suehighme says

    December 30, 2020 at 3:40 PM

    Berapa horsepower??

    Reply
  2. AI says

    December 31, 2020 at 12:37 AM

    17hp blh tgk story sebelum ni bos!

    Reply
  3. Cendana Auto Sdn Bhd Nusa Defcomm says

    January 5, 2021 at 3:27 PM

    bila launch?????

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my