• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lamborghini SC20 - Supercar Tempahan Khas Pelanggan Misteri, Cuma Ada Seunit Sahaja

Lamborghini SC20 - Supercar Tempahan Khas Pelanggan Misteri, Cuma Ada Seunit Sahaja

December 29, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBAGAI pengeluar niche, jualan Lamborghini semestinya tidak sebesar pengeluar massa. Ini bermakna tidak ramai yang memiliki model jenama itu dan sangat jarang kita boleh berselisih dengan supercar tersebut di jalan raya.

Bagaimanakah jika ada pelanggan mahukan sesuatu yang lebih luar biasa? Atau hanya ada seunit sahaja? Maka lahirlah SC20, iaitu model khas daripada Lamborghini Squadra Corse.

SC20 ialah model trek bumbung terbuka (open top) yang sah untuk pemanduan jalanan. Ia juga model one-off kedua selepas Essenza SCV12 dan dikeluarkan divisyen permotoran Lamborghini yang direka khas di Sant’Agata Bolognese berdasarkan permintaan pelanggan.

Ketua Pereka Lamborghini Centro Stile, Mitja Borkert berkata, model itu diilhamkan daripada Diablo VT Roadster, Aventador J, Veneno Roadster and Concept S.

Berikut ciri khas dimiliki SC20:

Trenkuasa
Lamborghini SC20.16
Lamborghini SC20.13
  • Enjin diasaskan daripada model perdana Lamborghini dalam konfigurasi V12 dengan sesaran 6,498cc yang mampu meledakkan kuasa 759hp @ 8,500 rpm, dan tork 720Nm @ 6,750 rpm.
  • Sistem transmisi jenis ISR (Independent Shifting Rod) 7-kelajuan.
  • Menggunakan konfigurasi pacuan empat roda (4WD) dengan diferensial elektronik tengah (central electronic differential, CED).
  • Tayar Pirelli PZero Corsa dengan nat tunggal rim aluminium 20 inci depan dan 21 inci belakang.
Luaran
  • Badan daripada gentian karbon.
  • Spliter depan dan diapit dua sirip dan saluran masukan udara pada bonet depan yang dipengaruhi Huracán GT3 EVO.
  • Bahagian sisi seperti dibuat pada Essenza SCV12.
  • Sayap belakang dengan tiga posisi: Rendah, Sederhana dan Beban Tinggi.
  • Warna Bianco Fu (putih) dipadankan aksen Blu Cepheus (biru).
Dalaman

  • Ada dua pilihan warna: Nero Cosmus (hitam) dan Bianco Leda (putih).
  • Kemasan gentian karbon terdedah pada penutup papan pemuka, dinding belakang, konsol tengah dan stereng.
  • Bahagian belakang kerusi juga daripada gentian karbon dan balutan Alcantara dan kulit.
  • Pembuka pintu berbeza, dibuat daripada aluminium.
  • Ventilator udara dibuat menggunakan teknologi cetakan 3D.

BACA >>> Lamborghini Huracan STO - Supercar Litar ke Jalan Raya, 640hp, 656Nm!
BACA >>> Kena Sita Tiada Insurans dan Lesen, Lamborghini Bek Man City Ini Mungkin Kena Lupus

Lamborghini SC20.01
Lamborghini SC20.02
Lamborghini SC20.03
Lamborghini SC20.04
Lamborghini SC20.05
Lamborghini SC20.06
Lamborghini SC20.07
Lamborghini SC20.08
Lamborghini SC20.09
Lamborghini SC20.10
Lamborghini SC20.11
Lamborghini SC20.12
Lamborghini SC20.13
Lamborghini SC20.14
Lamborghini SC20.15
Lamborghini SC20.16
Lamborghini SC20.17
Lamborghini SC20.18
Lamborghini SC20.19
Lamborghini SC20.20
Lamborghini SC20.21
Lamborghini SC20.22
Lamborghini SC20.23
Lamborghini SC20.24
Lamborghini SC20.25
Lamborghini SC20.26
Lamborghini SC20.27
Lamborghini SC20.28
Lamborghini SC20.29
Lamborghini SC20.30
Lamborghini SC20.31
Lamborghini SC20.32
Lamborghini SC20.33
Lamborghini SC20.34
Lamborghini SC20.35
Lamborghini SC20.36
Lamborghini SC20.37
Lamborghini SC20.38
Lamborghini SC20.39
Lamborghini SC20.40
Lamborghini SC20.41

Related

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Lamborghini, Lamborghini SC20, Lamborghini Squadra Corse, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev