BUKAN hanya Panigale, Ducati juga terkenal dengan model advencer Multistrada yang mana model baharu Multistrada V4 dilancarkan pada November lalu.
Menariknya, Multistrada V4 menggabungkan tiga konsep utama, iaitu Sport, Touring Enduro dan Urban.
- Sport - Berprestasi kerana model ini dilengkapi ciri dan komponen seperti sistem bantuan elektronik daripada teknologi MotoGP, manakala casis dibangunkan untuk tunggangan menyeronokkan dan berkesan atas pelbagai muka bumi.
- Touring - Ditonjolkan menerusi selang penyelengaraan setiap 60,000km, keselesaan tunggangan, lampu selekoh, sistem radar dan peta navigasi yang dipaparkan pada panel meter.
- Enduro - Memiliki ciri off-road, menerusi suspensi elektronik, hantaran kuasa lancar dan nisbah gear terbaik.
- Urban - Disumbangkan tunggangan mudah pada kelajuan rendah, pengurusan haba dan ada fungsi sambungan Bluetooth.
Bagi menyerlahkan lagi sisi sporty Multistrada V4, Ducati bekerjasama dengan Akrapovič bagi menghasilkan dua aksesori terbaik, iaitu unit ekzos dan silenser. Kedua-dua komponen direka eksklusif untuk model advencer kini yang tampil dengan lencana khas Akrapovič Designed For Ducati Performance.
Berikut ciri komponen yang diberikan pada Multistrada V4 khas:
- Ekzos lumba daripada besi tahan karat. Luarean silenser menggunakan material titanium aloi gred tinggi dan hujung gentian karbon yang tahan suhu tinggi.
- Pemetaan semula dibuat untuk melaraskan tetapan mengikut prestasi baharu.
- Kuasa 174hp, tork 133Nm.
- Berat dengan ekzos Akrapovič berkurangan 5kg.
- Silenser ekzos turut menambah karakter agresif.
- Silenser mempunyai berat 0.7kg lebih ringan daripada unit standard, sekali gus menambah baik nisbah berat kepada kuasa.
- Multistrada V4 S Sport dilengkapi aksesori ini sebagai ciri standard.
Hubungan Ducati dan Akrapovič sudah terjalin sejak beberapa tahun menerusi kejayaan projek 2014 mengenai model 1199 Panigale.
BACA >>> Ducati Panigale V4 SP (2021) - Jentera Pengeluaran dengan Spesifikasi Trek!
BACA >>> Model Ducati Pertama dengan Sensor Radar, Multistrada V4 (2021) Baharu Diperkenal
Leave a Reply