• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kasma Daniel Muncul Juara Kali Ke-5 Cub Prix 2016

Kasma Daniel Muncul Juara Kali Ke-5 Cub Prix 2016

August 22, 2016 By Abang GYL 1 Comment

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Kasma DanielPENDAHULU keseluruhan CP130, Kasma Daniel Kasmayudin menerima tentangan sengit daripada Ahmad Afif Amran sebelum berjaya meraih kemenangan kelima musim ini di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 pusingan ke-6 yang berakhir di Kemaman, Terengganu.

Berbeza dengan pusingan-pusingan lepas, perlumbaan minggu ini menyaksikan pelumba tuan rumah, Ahmad Afif (PETRONAS Yamaha-CKJ) memberikan saingan sengit sepanjang perlumbaan sebelum akur kepada Kasma Daniel yang menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16'05.980s, 0.275s di hadapan Ahmad Afif.

Peringkat awal perlumbaan menyaksikan persaingan di antara tiga pelumba termasuk rakan sepasukan Kasma Daniel, Ahmad Fazli Sham sebelum pelumba itu terjatuh.

Selepas mengekori Kasma Daniel di sepanjang perlumbaan, Ahmad Afif akhirnya berjaya memintas sebelum pelumba kelahiran Johor itu bijak menggunakan ruang untuk kembali berada di hadapan pada baki dua pusingan terakhir sehingga ke garisan penamat. Tempat ketiga pula menjadi milik Abd Muhaimin Roslan dengan masa 16'15.282s.

BACA>>> Keputusan Penuh Kategori CP115 & Wira Cub Prix Kemaman, Terengganu

Kasma Daniel KasmayuddinPERSAINGAN SENGIT

" Perlumbaan ini adalah paling sengit tahun ini. Gear jentera saya mengalami sedikit masalah sekaligus memberi peluang Afif merapatkan kedudukan.

" Saya cuba kekal fokus untuk memenangi perlumbaan," jelas Kasma yang kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 125 mata.

Ahmad Fazli yang gagal meneruskan perlumbaan kekal di tangga kedua dengan 98 mata diikuti Ahmad Fazrul Sham (AHM Motorsport) di kedudukan ketiga dengan 57 mata.

KEPUTUSAN
CP130
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 16'05.980s
2. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 16'06.255s
3. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 16'15.282s
4. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 16'16.581s
5. Md Khairul Ikhwan Ajis (SGR) Yamaha 16'18.357s

KEDUDUKAN KESELURUHAN
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 125 mata
2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 98 mata
3. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 57 mata
4. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 55 mata
5. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 54 mata

Related

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Cub Prix 2016, kasma Danial, Kasma Daniel Kasmayudin, KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, PETRONAS Yamaha-CKJ

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev