• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Keputusan Penuh Kategori CP115 & Wira Cub Prix Kemaman, Terengganu

Keputusan Penuh Kategori CP115 & Wira Cub Prix Kemaman, Terengganu

August 22, 2016 By Abang GYL 1 Comment

FacebookTwitter

Cub Prix KemamanSAINGAN CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 pusingan ke-6 di Kemaman pula didominasi oleh pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz.

Pelumba itu berjaya mengetepikan pendahulu keseluruhan, Tengku Amirul haffirudin, sebelum menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13'43.049s.

Manakala Md Amirul (Givi Honda Yuzy Racing) muncul naib juara dengan masa 13'49.210s dan diikuti Md Aznil Md Ali ketiga dengan masa 13'50.810s.

Tengku Amirul yang terjatuh setelah perlanggaran dengan Azroy Hakeem kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan 90 mata. Bagaimanapun, ia hanya dua mata mendahului Akid yang berada di kedudukan kedua sementara Md Haziq Md Fairues di tangga ketiga dengan 67 mata.

BACA>>> Kasma Daniel Muncul Juara Kali Ke-5 Cub Prix 2016

Cub Prix KemamanKATEGORI WIRA

Sementara itu dalam saingan kelas WIRA, juara pusingan lepas di Teluk Intan, Md Helmi Azman (IUGB AFB Tech Racing) berjaya meraih kemenangan kedua berturut-turut setelah selesa mendahului dari awal perlumbaan sebelum melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 11'02.966s.

Pendahulu keseluruhan, Md Shafiq Ezzariq (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) pula berjaya kembali ke atas podium sebagai naib juara dengan masa 11'06.601s meskipun masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan tangan. Manakala Md Qhuwarismi Md Nasir (Weststar Motorsport) di kedudukan ketiga dengan masa 11'06.802s.

Pusingan ke-7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Johor pada 3 dan 4 September 2016.

KEPUTUSAN
CP115
1. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 13'43.049s
2. Md Amirul Ariff Musa (JHR) Honda 13'49.210s
3. Md Anil Md Ali (TRG) Honda 13'50.810s
4. Md Hafiza Rofa (TRG) Yamaha 13'51.268s
5. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 13'56.194s

KEDUDUKAN KESELURUHAN
1. Tg Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 90 mata
2. Md Akid Aziz ( KUL) Yamaha 86 mata
3. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 67 mata
4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 61 mata
5. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 60 mata

WIRA
1. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 11'02.966s
2. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 11'06.601s
3. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 11'06.802s
4. Md Amirul Ariff Ramlee (JHR) Yamaha 11'06.982s
5. Md Idil Fitri Mahadi (SGR) Yamaha 11'17.162s

KEDUDUKAN KESELURUHAN
1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 133 mata
2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 103 mata
3. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) Yamaha 65 mata
4. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 63 mata
5. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 55 mata

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Cub Prix 2016, Cub Prix Kemaman, KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Md Akid Aziz, Md Amirul Ariff Musa, Md Anil Md Ali, Md Helmi Azman, Md Qhuwarismi Md Nasir, Md Shafiq Ezzariq, Petronas Yamaha Maju Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my