YAMAHA Motor Co mendedahkan YZF-R3 dan YZF-R25 (2021) untuk pasaran Jepun yang dijual pada harga 687,500 yen (RM26,850) dan dijadualkan berada di bilik pameran seluruh negara bermula 15 Januari 2021.
Tidak banyak perubahan dibuat, cuma rombakan gaya dengan menampilkan warna baharu dalam tiga pilihan, iaitu Cyan Metallic, Deep Purplish Blue Metallic dan Matte Dark Grey, yang juga kemas kini sama diberikan pada YZF-R25 (2021), yang berharga 654,500 yen (RM25,560).
Seperti dimaklumkan di atas, perubahan dilakukan cuma terhad pada kemas kini warna, dan selebihnya kekal sama seperti model terdahulu.
Antara ciri dimiliki YZF-R3 dan YZF-R25 edisi 2021 ini ialah lampu utama LED, lampu belakang LED, rekabentuk maskular, bar hendal clip-on, fairing penuh, kluster instrumen digital dan pelana bertingkat. Aksesori pilihan terdiri daripada tetapan suspensi khas KYB, visor angin sporty, pad tangki minyak dan pelindung grafik.
Trenkuasa YZF-R3 (2021) dijana enjin 4-lejang, 4-injap, dwi-silinder sebaris 320cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 40hp @ 10,750rpm dan tork 29Nm @ 9,000rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.
YZF-R25 (2021) pula dipacu enjin 4-lejang, 4-injap, dwi-silinder sebaris 249cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 33hp 12,000rpm @ dan tork 23Nm 10,000rpm, manakala transmisi jenis klac manuala 6-kelajuan.
Kedua-dua sportbike itu memiliki kapasiti tangki 14 liter, dan tinggi pelana 780mm. Saiz tayar 110/70 R17 M/C (54H) jenis tiubles di depan, dan 140/70 R17 M/C (66H) di belakang yang dibekalkan sistem brek cakera tunggal di depan dan belakang. Sistem brek menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang.
BACA >>> Indonesia Perkenal Yamaha Aerox 155 Connected MotoGP Edition (2020), Harga RM8.4k
BACA >>> Perbandingan: Honda CBR250RR vs Kawasaki Ninja ZX-25R, Model Mana Terpantas 0-100kmj?
Leave a Reply