• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Perkenal Yamaha Aerox 155 Connected MotoGP Edition (2020), Harga RM8.4k

Indonesia Perkenal Yamaha Aerox 155 Connected MotoGP Edition (2020), Harga RM8.4k

December 15, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

597
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PT YAMAHA Indonesia Motor memperkenalkan Aerox 155 Connected/ABS MotoGP Edition yang dipadankan seragam pasukan Monster Energy Yamaha dan dijual pada harga Rp29,500,000 (RM8,4780).

Seragam itu mengambil ilham jentera YZR-M1 yang ditunggang duo pelumba pengilang Yamaha MotoGP, Maverick Vinales dan Valentino Rossi.

Gaya badan Aerox 155 Connected/ABS MotoGP Edition menampilkan latar hitam dengan dekal ikonik 'kuku raksasa' Monster Energy dan diserikan aksen biru Yamaha untuk menyerlahkan aura sporty dan agresif. Paling istimewa ialah lencana Yamaha keemasan yang memberikan nilai eksklusif pada skuter edisi khas tersebut.

Tawaran varian MotoGP Edition ialah kolaborasi antara Yamaha dan Monster Energy bagi musim perlumbaan 2019 yang mana seragam khas itu diyakini mendapat sambutan hangat daripada kalangan pembeli Indonesia yang memiliki ramai peminat MotoGP.

Yamaha-Aerox-MotoGP-Livery_5.jpg
Yamaha-Aerox-MotoGP-Livery_6.jpg
Yamaha-Aerox-MotoGP-Livery_7.jpg

Aerox 155 Connected/ABS MotoGP Edition dijana enjin silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) VVA dan BlueCore berkuasa 15.1hp @ 8,000rpm dan tork 13.9Nm @ 6500rpm.

Antara ciri spesial dimiliki skuter advencer ini ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), panel meter digital warna, lampu depan dan belakang LED, suspensi dwi absorber dengan subtangki, lampu kecemasan, suis kawalan meter pada bar hendal, kapasiti tangki 5.5 liter, soket kuasa 12V, penghidup tanpa kunci (keyless), dan aplikasi mobil wayarles Yamaha Motorcycle Connect.

Selain Aerox 155 Connected/ABS, varian MotoGP Edition juga diperkenalkan pada model Yamaha lain seperti YZF-R25, YZF-R15, Vixion serba baharu dan MX King 150.

BACA >>> Yamaha Aerox 155 Connected (2021) Serba Baharu Lancar di Indonesia, Harga Mula RM7.2k
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter

Yamaha Aerox MotoGP Livery_1
Yamaha Aerox MotoGP Livery_4
Yamaha Aerox MotoGP Livery_3
Yamaha Aerox MotoGP Livery_2
Yamaha-Aerox-MotoGP-Livery_5.jpg
Yamaha-Aerox-MotoGP-Livery_6.jpg
Yamaha-Aerox-MotoGP-Livery_7.jpg

Artikel Berkaitan

597
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Livery, PT Yamaha Indonesia Motor, roda2, skuter, skuter advencer, skuter sport, Yamaha Aerox 155 Connected, Yamaha Aerox 155 Connected MotoGP Edition (2020), Yamaha Monster Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my