• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Group: Ducati Tidak Akan Dijual!

Volkswagen Group: Ducati Tidak Akan Dijual!

December 17, 2020 By Aryon Leave a Comment

111
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DESAS-desus mengenai Volkswagen Group bakal menjual Ducati dan Lamborghini sudah menular sejak beberapa bulan lalu selepas konglomerat antarabangsa itu dilaporkan mahu menumpukan kepada pembangunan kenderaan hijau untuk pelan masa depan.

Memandangkan Lamborghini dan Ducati ialah antara subsidiari di bawah Volkswagen Group yang tiada prototaip elektrik, maka tercetus spekulasi mengenai masa depan dua jenama berkenaan.

Sehubungan itu, Volkswagen Group tampil menyatakan yang Ducati dan Lamborghini akan kekal sebagai subsidiari kumpulan perniagaan korporat tersebut.

Volkswagen kini bersedia menukarkan ibu pejabat di Wolfsburg, Jerman menjadi kilang pembuatan yang merintis kepada pemasangan kenderaan elektrik dunia.

DUCATI MONSTER 20216
ducati-panigale

Jenama Ducati memiliki sejarah panjang apabila sudah beberapa kali berpindah pemilikan sebelum dikuasai Volkswagen Group pada 2012 hingga sekarang. Jenama ini diasaskan Antonio Cavalieri Ducati dan tiga anak lelakinya, Adriano, Marcello dan Bruno pada 1926. Produk pertama dihasilkan syarikat itu ialah tiub vakum, kondenser dan komponen radio pada era itu.

Ducati mula menghasilkan motosikal kecil selepas Perang Dunia. Pada 1960-an, ia menghasilkan motosikal 250cc yang dikatakan terpantas pada era tersebut. Pada 1985, satu lagi jenama motosikal Itali, Cagiva membeli Itali.

Selepas 11 tahun, Ducati dijual kepada syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Texas Pacific Group (TPG) dan kekal sebagai subsidiri hingga 2005 seperti dimiliki Volkswagen Group.

Ini bukan kali pertama Ducati berada dalam krisis pemilikan. Pada 2017, desas-desus penjualan Ducati sudah menular yang menarik minat pengeluar lain seperti Bajaj dan Harley-Davidson. Bagaimanapun, berita itu diketepikan barisan lembaga pengarah Volkswagen.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Ducati yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Lelaki Ini Satu-Satunya Pemilik Ducati Superleggera V4 di Malaysia Berharga RM880k!

Related

111
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ducati, roda2, Volkswagen Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev