• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Ninja ZX-25R Tiba di Hong Kong, Harga RM41k

Kawasaki Ninja ZX-25R Tiba di Hong Kong, Harga RM41k

December 16, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

787
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Ninja ZX-25R masih menjadi topik hangat dunia. Ketika banyak negara mula menerima kemasukan sportbike 4-silinder 250cc itu, peminat Malaysia masih berputih mata.

Terkini, giliran Hong Kong pula menerima kuda besi tersebut. Cuma apa yang tidak dapat dipastikan sama ada Ninja ZX-25R itu dibawa masuk wakil pengedar Kawasaki rasmi atau sekadar wakil jualan.

BACA >>> Kawasaki Thailand Lancar Dua Model Basikal, Lebih Mahal daripada Ninja ZX-25R

Acara pelancaran juga berbeza, Ninja ZX-25R kelihatan masih tersimpan dalam kotak, sekali gus mengukuhkan dakwaan itu ialah model import (CBU) yang didatangkan dalam warna hijau Kawasaki Racing Team (KRT), hitam dan biru. Hijau juga ialah warna paling banyak dikeluarkan Kawasaki berbanding dua warna lain.

Pasaran Hong Kong mendapat Ninja ZX-25R spesifikasi penuh dan tiada versi standard seperti Indonesia. Cuma tidak dapat dipastikan sama ada itu ialah spesifikasi Indonesia atau Jepun. Namun jika melihat spesifikasi dikongsikan media Hong Kong, sportbike itu dijana trenkuasa sama seperti versi Indonesia, 49hp dan tork 22.9Nm.

Ninja ZX-25R menggunakan frem trellis kekuatan tinggi baharu yang menjanjikan ketangkasan pengendalian, terutama tunggangan dalam bandar. Ini termasuk menawarkan karakter supersport untuk tunggangan trek yang boleh diibaratkan sportbike 250cc dengan ciri pengendalian ZX-10R dan ZX-6R.

Sistem brek menggunakan cakera tunggal 277mm dengan kaliper monoblok radial mount di depan, dan cakera tunggal 186mm di belakang. Di pasaran wilayah jajahan China itu, Ninja ZX-25R dijual pada harga HK$78,800 (RM41,250).

BACA >>> Yoshimura Japan Lancar Ekzos R-77S Cyclone untuk Kawasaki Ninja ZX-25R
BACA >>> 7 Sportbike 250cc dengan Nisbah Kuasa-Berat Terbaik 2018 [Siri 2]

Related

787
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Motor Corporation (KMC), Kawasaki Motor Malaysia (KMM), Kawasaki ZX-25R, roda2, sportbike, sportbike 250cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my