• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Vision (2020) Generasi Baharu Lancar di Vietnam, Harga Mula RM5.2k

Honda Vision (2020) Generasi Baharu Lancar di Vietnam, Harga Mula RM5.2k

December 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Vietnam memperkenalkan skuter baharu Vision (2020) yang juga antara model motosikal terlaris di Vietnam.

Dua tahun lalu, Vision satu-satunya model yang menerima kemas kini major berbanding model generasi baharu Air Blade, SH, Lead dan SH Mode yang dilancarkan terdahulu. Skuter Honda yang dilancarkan secara digital itu turut menerima naik taraf ciri dan rekabentuk.

Vision mengekalkan rekabentuk ringkas model terdahulu. Perubahan rekabentuk menjadikan skuter ini tampil lebih mantap dan moden. Didatangkan dalam empat varian berbeza,  bahagian depan memiliki susun atur pencahayaan versi lama.

Kluster lampu signal, lampu siang (DRL) direka semula lebih tirus, manakala lampu utama masih jenis halogen bersama  lampu navigasi LED tambahan. Vision (2020) menggunakan frem kimpalan laser eSAF sama dengan SH Mode. Bahagian belakang tidak banyak berubah dengan lampu lebih runcing berbanding lama.

Saiz rim pula dipertingkat kepada 16 inci. Indikator jam direka semula dengan tambahan paparan LCD memaparkan jarak perbatuan dan penggunaan minyak. Di bawah pelana tersedia ruang simpanan 16 liter soket pengecas pada versi tertinggi.

Generasi baharu Vision masih menggunakan enjin 110cc eSP bersama teknologi suntikan bahan api (FI) yang menghasilkan kuasa 8.8hp @ 7,500rpm dan maksimum tork 9.23Nm @ 5,500rpm. Casis baharu juga menawarkan kecekapan bahan api sebanyak empat peratus berbanding pendahulunya.

VisionVision (2020) dijual pada harga:

  • Standard: 30 juta dong (RM5,250)
  • Premium: 31.8 juta dong (RM5,570)
  • Special Edition: 33 juta dong (RM5,780)
  • Personality: 34.5 juta dong (RM6,040)

BACA >>> Sony Hasilkan Model Konsep Kereta Elektrik Vision-S yang Mampu Pecut 239kmj!
BACA >>> GPX Lancar Drone (2020), Skuter Pertama Kolaborasi dengan SYM

Honda Vision Standard
Honda Vision SE

SUMBER: Honda.vn

Related

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda Vietnam, Honda Vision (2020), Kapcai, Moped, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my