• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda MX-30 Dipilih Kereta Paling Cantik 2020 di Jepun!

Mazda MX-30 Dipilih Kereta Paling Cantik 2020 di Jepun!

December 13, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN buatan Mazda memang diakui memiliki gaya tersendiri. Falsafah rekabentuk Kodo - Soul of Motion yang bercirikan kelasakan berjaya diaplikasikan pada model daripada sekecil Mazda2 hingga sebesar CX-9.

Menariknya, Mazda juga menggunakan tema sama untuk trak pikap BT-50. Bayangkan elemen elegan digunakan pada model pacuan empat roda berkarakter lasak dengan gaya yang langsung  tidak nampak canggung.

Ada apa lagi dengan rekabentuk Mazda? Terkini, pengeluar dari Hiroshima itu memberikan gambaran meyakinkan menerusi crossover MX-30 yang juga kenderaan elektrik pertama jenama itu apabila memenangi anugerah kereta paling cantik di Jepun untuk tahun ini.

Mengenai MX-30, rekabentuk kenderaan utiliti sukan (SUV) dibikin berbeza berbanding model lain yang membawa definisi baharu gaya Kodo, dan nampak ranggi. Adakah gaya baharu ini boleh diterima? Jawapannya nyata positif apabila model itu meraih anugerah Rekabentuk Kereta Terbaik Tahunan Jepun 2020 (Japan Design Car of the Year, JDCOTY).

Ini kategori baharu yang baru saja diwujudkan dalam Anugerah Kereta Terbaik Tahunan Jepun (JCOTY), sekali gus mencatatkan satu lagi rekod menarik buat Mazda.

MX-30 dibina berasaskan konsep 'Human Modern' yang mencabar kaedah baharu dalam menterjemahkan rekabentuk Kodo - Soul of Motion. Bahagian luaran direka ringkas bagi menonjolkan kecantikan SUV itu sebagai gerakan jisim solid (solid mass).

Walaupun ringkas, MX-30 tampil unik dengan pintu gaya bebas ala model sport ikonik RX-8. Ruang dalaman pula tampil minimalis dengan mengetengahkan falsafah Mazda tersendiri yang turut dijelmakan pada trenkuasa.

BACA >>> Sony Hasilkan Model Konsep Kereta Elektrik Vision-S yang Mampu Pecut 239kmj!

MX-30 dijana enjin e-SkyActiv dengan bateri 35.5kWh berkuasa 144hp dan tork 264Nm, manakala jarak pemanduan cuma 209km, tidaklah terlaku jauh jika dibandingkan pesaing kereta elektrik lain.

Sebenarnya Mazda sengaja buat begitu kerana mengambil kira situasi emisi 'dari telaga (minyak) ke roda (well-to-wheel)'. Maknanya, pengeluar itu tidak mahu kereta saja mesra alam, tetapi elemen hijau automotif mestilah dibuat menyeluruh.

Dari segi prestasi, MX-30 dengan sistem pacuan roda depan (FWD) ini memiliki kuasa keseluruhan 143hp dan tork 271Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 9.7 saat.

BACA >>>#TahukahAnda: Kenapa Crossover EV Mazda MX-30 Cuma Dapat Pandu 200km?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

Mazda MX-30.16
MAZDA MX-30 100th Aniversary Model (Japanese Specification)
Mazda MX-30.18
Mazda MX-30.03
MAZDA MX-30 100th Aniversary Model (Japanese Specification)
Mazda MX-30.06
Mazda MX-30.11
Mazda MX-30.09
Mazda MX-30.04
Mazda MX-30.07
Mazda MX-30.10
Mazda MX-30.15
Mazda MX-30.14

Related

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), kereta elektrik, Kereta Paling Cantik di Jepun 2020, mazda, Mazda MX-30, MX-30, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev