• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CBR250RR (2020) Lancar 18 Disember Ini?

Honda CBR250RR (2020) Lancar 18 Disember Ini?

December 11, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASIH ingat lagi tentang artikel kami mengenai kedatangan CBR250RR yang sekian lama dinantikan peminat dua roda Malaysia? Ada sumber Boon Siew Honda (BSH) mendedahkan yang sportbike suku liter itu bakal dilancarkan hujung tahun ini.

Beberapa bulan kemudian, muncul beberapa wakil jualan membuka pratempahan CBR250RR, dan terbaharu, laman Facebook  rasmi BSH, dengan nama Honda Motorcycle Malaysia memuat naik foto acah dengan status bertulis;

BACA >>> Bukan Honda CBR250RR Saja Muncul, ADV 150 Juga Lancar Serentak di Malaysia?

From Track to Street.

Motosikal yang paling dinanti-nantikan tahun ini. DNA perlumbaan kini bersedia menakluki jalanan.

Freekan diri anda Jumaat malam nanti! Sertai pelancaran motosikal Honda live di Facebook @HondaMotorcycleMalaysia pada jam 8 malam, Jumaat 18hb Disember.

On x On? 🔥

Foto acah ditunjukkan tertera perkataan 'NOW ON THE STREET WITH TOTAL CONTROL', yang cuma memaparkan siluet sebuah sportbike. Jika diperhatikan, sosok sisi kelibat itu nampak mirip CBR250RR (2020)  yang sudah dilancarkan di Indonesia dan Jepun (foto bawah).

Tiada perincian lain didedahkan, melainkan maklumat mengenai tarikh pelancaran maya pada 18 Disember nanti jam 8 malam menerusi laman Facebook tersebut.

Nampaknya penantian kita selama tiga tahun untuk menerima model suku liter Honda bakal sampai ke penghujung. Seperti dimaklumkan sumber dalaman kami sebelum ini, CBR250RR lewat tiba di Malaysia kerana BSH menunggu pelancaran CBR250RR versi dipertingkat (facelift) yang dilancarkan di Indonesia dan Jepun.

Kini segala kesabaran peminat motosikal Malaysia berbayar kerana difahamkan BSH akan membawa masuk CBR250RR facelift versi terkini yang lebih berkuasa.

BACA >>> TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!

Malaysia bakal menerima model versi import (CBU) yang akan dibawa masuk dari kilang Astra Honda Motor (AHM) Indonesia. Seperti kita tahu, Jepun turut mengimport sportbike itu dari negara jiran tersebut.

Di Indonesia, CBR250RR (2020) baharu ditawarkan dalam dua pilihan, iaitu enjin baharu dan lama. Namun, Malaysia akan menerima versi paling premium dengan enjin baharu seperti spesifikasi Jepun.

CBR250RR (2020) spesifikasi Malaysia akan dijana enjin dipertingkat berkuasa 39hp @ 13,000rpm (+3ps)  dan tork 25Nm @ 11,000rpm (+2Nm). Selain Quick Shifter, ciri baharu lain dibekalkan ialah klac anti-gelincir Assist and Slipper (A&S).

BACA >>> Perbandingan: Honda CBR250RR vs Kawasaki Ninja ZX-25R, Model Mana Terpantas 0-100kmj?
BACA >>> 12 Fakta Pantas: Honda CBR250RR (2020) Lancar di Jepun, Harga Mula RM32.7k

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Bonn Siew Honda (BSH), Boon Siew Honda Racing, Honda, Honda CBR250RR (2020), sportbike 250cc

Comments

  1. Syd Ab Manan bin Syd Ahmad says

    December 12, 2020 at 2:41 PM

    Im intersted brand Honda now I have Honda RS150R and Honda Dash 125...next coming soon Honda CBR...? Thanks

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev