• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Syarikat Perancis Cipta Seluar Beg Udara untuk Penunggang Motosikal, RM2.4k

Syarikat Perancis Cipta Seluar Beg Udara untuk Penunggang Motosikal, RM2.4k

December 10, 2020 By Aryon Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN motosikal hari ini semakin maju yang dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan moden, golongan penunggang masih lagi menjuarai carta kemalangan jalan raya seluruh dunia.

Apa yang bagusnya, muncul banyak pengeluar mencipta dan memasarkan pelbagai produk keselamatan menunggang untuk mengurangkan impak kecederaan dialami penunggang.

Buat masa ini, banyak pengeluar sut menunggang lebih menumpukan kepada perlindungan bahagian atas badan, tetapi berbeza syarikat start-up dari Perancis ini, Air Dynamics yang menawarkan sut seluar beg udara untuk penunggang motosikal.

BACA >>> Held Perkenal Ves Beg Udara yang Padan Semua Jenis Jaket Menunggang

Apabila berlaku perlanggaran, seluar itu akan mengaktifkan beg udara untuk melindungi kaki penunggang. Berdasarkan video disiarkan, sistem pada seluar CX Air Dynamics berfungsi dengan mengembungkan udara termampat sepantas 200 milisaat daripada kanister kecil kepada empat pad beg udara (dua pada setiap kaki).

Sistem cetus pula diaktifkan menggunakan cangkuk khas yang dipautkan pada motosikal. Ini juga sistem sama yang digunakan beberapa pengeluar untuk mnghasilkan jaket beg udara.

Selepas diaktifkan, kanister beg udara itu boleh diganti baharu yang membolehkan penunggang menggunakan semula seluar tersebut walaupun pernah terbabit kemalangan.

BACA >>> Honda PCX Akan Ada Beg Udara Sama Seperti Gold Wing?

Material seluar dibuat daripada fabrik Cordura dan busa Poron XRD. Cordura ialah bahan yang biasa digunakan untuk menghasilkan sut menunggang kerana tahan geseran dan kalis air, serta memberikan pengudaraan baik. Poron XRD pula ialah busa istimewa  yang felksibel dan mampu menyerap impak dengan baik. Ia mampu menyerap 90 peratus tenaga ketika impak.

Seluar beg udara CX Air Dynamics ini dijual pada harga sekitar €500 (RM2,460).

BACA >>> Bosch Hasilkan Teknologi Angkasa untuk Ciri Keselamatan Baharu Motosikal

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: Air Dynamics, aksesori, CX Air Dynamics, Kanister Beg Udara, Racing Gear, Seluar Beg Udara, Seluar Menunggang, Sut Menunggang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my