• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Thailand Lancar GPX Legend 150 Fi (2021), Harga RM7.7k

Thailand Lancar GPX Legend 150 Fi (2021), Harga RM7.7k

December 5, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

866
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GPX Thailand mengumumkan pengenalan model baharu dalam famili klasik Legend, iaitu 150 Fi. yang sebelum ini ditawarkan dalam dua pilihan, 250 Twin-II dan 250 Twin.

Legenda 150 Fi (2021) turut berkongsi rekabentuk seperti dua abangnya itu, dan dilengkapi pelbagai ciri moden dan teknologi terkini.

BACA >>> Thailand Lancar GPX Demon GR200R-Da Corsa, Harga RM10.9k!

Model baharu ini kini menggunakan sistem suntikan bahan api GPX-Fi Delphi berbanding karburetor pada Legend 150 generasi terdahulu. Trenkuasa dijana enjn silinder tunggal 4-lejang 149cc yang patuh Euro4, manakala transmisi jenis manual 6- kelajuan.

Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan dwi-absober boleh laras YSS di belakang.

Sistem lampu Legend 150 Fi (2021) kini jenis LED penuh untuk lampu utama, signal belok dan lampu belakang dengan tambahan lampu siang (DRL). Kluster instrumen meter kini beralih kepada paparan LCD digital penuh berwarna.

Susun atur lampu amaran ditempatkan sebaris di bawah odometer, manakala spidometer di tengah meter. Takometer masih kekal pada posisi asalseperti model lama. Sebelum ini, Legenda 150 menggunakan takometer analog dan skrin kecil di bawah untuk paparan maklumat tunggangan lain.

Rekabentuk klasik dengan komponen baharu boleh dilihat pada cermin sisi bulat, grip tangan klasik, bar hendal baharu dan pelana gaya retro.

BACA >>> GPX Racing Popz 110 (2020) Kini di Malaysia, Harga RM5.2k Sahaja!

Satu logo Legend istimewa dengan paparan tiga dimensi (3D) ditampal pada tangki minyak untuk menampakkan model ini lebih premium. Rantai motosikal menggunakan produk RK 428 O-Ring.

Motosikal dengan berat bersih 142kg ini dipasangkan brek cakera tunggal pada roda depan dan brek dram di belakang, manakala warna ada tiga pilihan, iaitu kelabu, hitam kilat dan hitam kusam. Harga pengenalan dalam masa terhad cuma 57,500 baht (RM7,750).

GPX Legend 11
GPX Legend 10
GPX Legend 8
GPX Legend 9
GPX Legend 3
GPX Legend 6
GPX Legend 7
GPX Legend
GPX Legend 1
GPX Legend 4
GPX Legend 2
GPX Legend 13

SUMBER: GPXThailand

Related

866
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: enjin GPX Demon 150GR, GPX Thailand, roadster, roda2, sportbike, streetbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev