• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Selamat Dibedah Kali Ketiga, Kena Rehat 6 Bulan Lagi!

Marquez Selamat Dibedah Kali Ketiga, Kena Rehat 6 Bulan Lagi!

December 4, 2020 By Aryon Leave a Comment

270
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA minggu lalu kami ada melaporkan berita tentang juara dunia MotoGP lapan kali, Marc Marquez kemungkinan akan dibedah buat kali ketiga sekali berikutan kecederaan lengannya yang lambat pulih.

Terbaharu, pelumba Repsol Honda itu dilaporkan selesai menjalani pembedahan ketiganya yang mengambil masa lapan jam. Ini secara tidak langsung mendedahkan itu bukan pembedahan yang mudah.

BACA >>> Marquez Mungkin Kena Bedah Buat Kali Ketiga, Alami Masalah Pseudartrosis?

Gambarajah contoh bahagian tulang yang diambil untuk diletakkan pada lengan Marquez.

Namun, apa yang paling menyedihkan, peminat Marquez diwajibkan berehat minimum 6 bulan, sekali gus memaksa kem Honda untuk tidak dapat mempertaruhkan pelumba handalan itu musim depan.

Berdasarkan kronologi, Marquez patah tulang lengan akibat dihentam tayar motosikal pada aksi di GP Jerez musim ini. Dia terpaksa menjalani pembedahan kedua selepas mengadu sakit ketika cuba membuka tingkap rumahnya yang memaksa dia melupakan terus semua kejuaraan musim ini.

BACA >>> Puig: Plat Tangan Marquez Patah Ketika Buka Tingkap, Bukan Berlumba

Pembedahan ketiga, juga paling terbaharu, dilakukan dengan mengambil kira pandangan ramai pakar bedah yang membincangkan tindakan terbaik untuk memulihkan kecederaan pelumba tersebut. Berita terkini itu dimaklumkan sendiri HRC.

Marc Marquez has undergone a new operation on his right arm as a result of the slow healing of the humerus bone, which has not improved with specific shock wave treatment.

The surgical procedure lasted for eight hours and was uneventful.https://t.co/9vZCyDMWBR

— Repsol Honda Team (@HRC_MotoGP) December 3, 2020

Kenapa masa pembedahan terlalu lama hingga lapan jam? Ini kerana pakar perlu mengambil tulang daripada pinggul Marquez yang memiliki sel darah merah tinggi untuk disambungkan kepada bahagian humerus di lengan kanan, dan plat baharu turut dimasukkan.

Pembedahan dilakukan pasukan doktor pakar terdiri daripada Samuel Antuna, Ignacio Roger de Ona, Juan de Miguel, Aitor Ibarzabal dan Andrea Garcia Villanueva yang melibatkan operasi menanggalkan plat lama dan digantikan plat baharu dengan tambahan tulang pinggul atau istilah perubatan disebut graf tulang krista iliak (iliac crest bone graft) dengan flap kortikoperiosteal.

Berita terbaharu ini bermakna Marquez hanya akan pulih pada Jun 2021, sekali gus tidak dapat menyertai perlumbaan awal musim MotoGP 2021 yang dijadualkan bermula pada 28 Mac tahun depan.

Ini bermakna peluang sekali lagi terbuka untuk pelumba lain menjadi juara selepas kejuaraan MotoGP musim ini dimenangi pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir.

BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!

SUMBER: HRC

Related

270
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda Racing Corporation, Honda Racing Corporation (HRC), HRC, Marc Marquez, Marquez Kena Bedah Kali Ketiga, MotoGP, Repsol Honda, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev